Followers

Wednesday 14 February 2018

Terkorbannya Agenda Reformasi & Rakyat Bukan Lagi Hakim Negara !


Gerakan reformasi di Malaysia tercetus apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet pada ketika Tun Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia.

Pemecatan Anwar Ibrahim itu berlaku apabila kehidupan seks menggila dan songsang bekas Timbalan Perdana Menteri itu didedahkan kepada umum. Tun Mahathir pula tidak perlu menipu rakyat kononnya keputusan itu dibuat setelah mendapat pertimbangan daripada para hakim dan berasaskan hanya kepada undang-undang sahaja kerana Tun Mahathir sendiri sebenarnya terlibat secara langsung dalam kes terbabit.

Perlu MMI jelaskan bahawa artikel ini bakal mengupas berkenaan isu membabitkan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim dua musuh politik yang kini semakin caca marba.

Sebelum itu pasti semua masih ingat bagaimana pendedahan Umi Hafilda sebelum ini dengan jelas menerangkan satu persatu rentetan peristiwa salah laku Anwar Ibrahim sehingga ianya mendapat perhatian Tun Mahathir yang pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia.

Dengar pendedahan Umi Hafilda dalam video di bawah ;



Serentak dengan itu jugalah maka akhirnya gerakan reformasi bermula, seluruh negara gegak gempita dengan laungan dari kalangan mereka yang tidak dapat menerima hakikat manusia bernama Anwar Ibrahim adalah kaki liwat dan pengamal seks songsang.

MMI akui gerakan reformasi ini bukan biasa-biasa kerana masyarakat Melayu khususnya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa seorang pemimpin yang sedang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh terlibat dalam perlakuan yang sebegitu.

Rata-rata mereka menganggap ianya adalah konspirasi politik Tun Mahathir untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim memandangkan Anwar pada ketika itu dikatakan punya aura yang jauh melebihi Tun Mahathir sendiri.

Pelbagai cerita mula disebarkan ke serata negara sehinggakan ada dikalangan pemimpin UMNO sendiri yang angkat kaki menyertai gerakan reformasi mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun selepas itu sebahagian mereka kembali bersama UMNO.

Keadaan pada ketika ini begitu kritikal khususnya kepada UMNO kerana kebangkitan rakyat dalam reformasi ini turut diambil kesempatan oleh parti-parti politik dalam kem pembangkang untuk menumpang tuah.

Makal lahirlah PKR parti yang diasaskan daripada gerakan reformasi kononnya untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dan menentang kerakusan politik yang diamalkan oleh UMNO dan kerajaan BN di bawah Tun Mahathir.

Tak perlu MMI terangkan segala yang berlaku selepas itu kerana ramai yang telah sedia maklum cumanya dalam semua perkara yang berlaku kerajaan pimpinan Tun Mahathir dan BN terus kekal sebagai kerajaan.

Sehinggalah ke hari ini selepas pentadbiran negara bertukar tangan bermula daripada peristiwa menangis tersesak-esak di pentas perhimpunan agung UMNO kemudiannya di sambung Tun Abdullah dan kini di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak.

Perlu diingat Anwar Ibrahim pada waktu ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana meliwat bekas pembantunya.

Tun Mahathir pula sudah mula memperlihatkan sikap beliau yang lebih terarah untuk mengkritik pentadbiran kerajaan sehinggalah beliau bertindak keluar dari UMNO dan menubuhkan PPBM.

Semuanya dengan alasan dan tuduhan kononnya YAB Datuk Seri Najib adalah perompak dan sedang membangkrapkan Malaysia.

Tidak timbul lagi soal Anwar Ibrahim kerana pembangkang mula menggunakan isu seperti 1MDB, dana RM2.6 bilion, GST dan lain-lain.

Tun Mahathir pula mula berpakat dengan musuh politiknya sendiri iaitu DAP sehingga akhirnya PPBM bersama-sama dengan DAP, PKR dan PAN dalam Pakatan Haprak.

Pelbagai usaha dilakukan oleh gerakan baharu ini dengan siri-siri ceramah ke seluruh negara sehinggalah kepada isu berkenaan siapa Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang pada PRU14.

Disinilah segala-galanya bermula, Tun Mahathir yang berusia 93 tahun dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri mewakili Pakatan Haprak sekaligus menafikan nama-nama lain termasuk Anwar Ibrahim sendiri yang masih menjalani hukuman penjara.

Lebih memeranjatkan Wan Azizah dan Nurul Izzah bersetuju dengan keputusan yang dikatakan didominasikan oleh Lim Kit Siang daripada DAP berdasarkan kepada strategi untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu.

Justeru itu suara-suara yang sebelum ini berdiam mula kedengaran, mereka-mereka yang rata-ratanya dari kalangan penggerak dan penyokong gerakan reformasi tidak dapat menerima keputusan tersebut kerana Tun Mahathir adalah musuh politik yang perlu ditolak sejauh-sejauhnya.

Tidak cukup dengan itu muncul pula gerakan untuk memboikot pilihanraya atau merosakkan undi dan sudah tentunya gerakan ini dipelopori oleh sebahagian besar daripada kalangan mereka yang masih setia dengan gerakan reformasi.

Malah dilaporkan ada dikalangan pemimpin PKR sendiri yang kurang selesa dengan kehadiran Tun Mahathir kerana bimbang agenda reformasi dikorbankan.

Sebab itulah pembangkang terpaksa menggerakkan para pimpinan mereka untuk menjernihkan keadaan kerana mereka tahu yang sedang menggerakkan usaha memboikot ini adalah kalangan mereka yang dulunya menyokong pembangkang.

Usaha-usaha ini sebenarnya dapat dihidu dan MMI optimis tindakan Tun Mahathir untuk berjumpa Anwar sebelum ini pun adalah disebabkan oleh perkara tersebut.

Situasi kritikal yang perlu diselesaikan dengan segera !

Kerana itu jugalah akhirnya Anwar yang masih ditahan di Sungai Buloh terpaksa buka mulut walaupun tanpa rela beliau cuba untuk menenangkan para reformasis yang kini telah berpantang arang untuk menerima Tun Mahathir.


Berdasarkan laporan yang disiarkan oleh FMT, Anwar Ibrahim berkata merujuk kepada kehadiran Tun Mahathir dalam kem pembangkang “Beliau sudah berubah dan komited terhadap agenda reformasi,” 

Anwar yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana menteri sebelum dipecat Dr Mahathir pada 1998, berkata, tidak adil membandingkan Dr Mahathir dengan presiden Zimbabwe yang digulingkan tahun lepas, Robert Mugabe.

Katanya, Dr Mahathir bersedia membuat penyesuaian selepas menyertai pembangkang.

“Kerajaan juga sudah cukup memfitnahnya,” katanya.

HEBAT bukan ? 

Disaat Tun Mahathir masih kekal mengakui Anwar adalah peliwat, Anwar pula bersuara mempertahankan kehadiran Tun Mahathir untuk bersama dengan Pakatan Haprak seolah-olah memberikan restu agar semua penyokong pembangkang akur menerima Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada PRU14 walaupun kenyataan Anwar itu tidak menyebut atau bersetuju dengan keputusan mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak.

Sebelum MMI terlupa ....


Begitulah ungkapan dulunya, perjuangan menentang rejim Mahathir yang berkonspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim

BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA ?

Apakah laungan dan kata-kata itu masih terpahat kekal sebagai sebahagian daripada agenda reformasi ?

RAKYAT HAKIM NEGARA ?

Apakah keputusan atau sokongan dari pimpinan pembangkang terhadap Tun Mahathir yang diangkat sebagai Perdana Menteri pembangkang itu berlandaskan kepada suara majoriti penyokong-penyokong pembangkang ?

Adakah rakyat kini bukan lagi hakim negara ?

Di mana MARUAH REFORMASI ?

MMI nak tegaskan disini khususnya kepada para reformasi dan mereka-mereka diluar sana TERIMALAH HAKIKAT bahawa tidak ada lagi AGENDA REFORMASI kerana ia telah DIKORBANKAN oleh para pemimpin kamu sendiri !

PERCAYALAH pemimpin Pakatan Haprak hari ini menganggap PENYOKONG YANG MENGAKU RAKYAT BUKAN LAGI HAKIM NEGARA kerana mereka berhak memutuskan semua keputusan kerana yang lebih penting bagi mereka adalah KUASA dan KEDUDUKAN bukan soal MARUAH dan HARGA DIRI !

BUKTINYA Anwar Ibrahim sendiri pun terpaksa memperlihatkan sokongannya terhadap Tun Mahathir bekas pemimpin UMNO yang bertanggungjawab menghumban beliau ke Sungai Buloh !

SEDARLAH semua ini lakonan politik semata-mata dan kamu hampir dipergunakan sekali lagi !!!!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels