Followers

Saturday 25 November 2017

Bantuan Banjir - Mangsa Jadi CATUR


Isu pemberian bantuan kepada mangsa banjir oleh kerajaan DAP Pulau Pinang telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak.Hakikatnya janji kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyalurkan bantuan RM400 kepada mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir sebelum ini hanya berlaku setelah berlakunya kejadian banjir kilat paling kritikal yang menyaksikan bagaimana Lim Guan Eng perlu menangis memohon bantuan kerajaan pusat.

Selepas di kritik banyak pihak barulah kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat serius dalam menguruskan penyaluran bantuan tersebut.Itupun dengan pelbagai alasan dan cakap-cakap politik sehingga menelanjangkan watak sebenar kerajaan DAP Pulau Pinang yang langsung tidak kenal erti berterima kasih.

Kerajaan pusat disalahkan kononnya tiada bantuan disalurkan sedang realitinya sejak awal kejadian banjir berlaku kerajaan pusat sudah pun mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk turun membantu mangsa di kawasan bencana sehingga wakil pembangkang pun terkinja-kinja menyelit.



Tapi biasa sebab kita kenal sikap puak-puak biaDAP ni yang suka bercakap besar !

Seperkara yang pasti MMI dihubungi oleh salah seorang mangsa yang menceritakan bagaimana mangsa banjir yang terkesan dengan bencana banjir dibebankan lagi dengan segala macam prosedur berbau politik.

Merujuk kepada rungutan yang disampaikan kepada MMI, mangsa banjir tersebut diarahkan supaya merujuk kepada Pejabat Daerah di kawasan masing-masing kemudiannya perlu pula merujuk kepada Penyelaras yang dilantik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di setiap kawasan yang sudah tentu terdiri daripada kumpulan yang pro kepada politik Pakatan Haprak.

Tak mengapalah sebab puak-puak tu nak "claim" kredit, bagi canlah selagi mana mangsa banjir mendapat hak mereka.

Tetapi lebih memeranjatkan apabila mangsa banjir kemudiannya perlu mendapatkan pula pengesahan daripada JKKK kawasan.

Sudahlah mangsa perlu ke sana ke mari, mereka dikehendaki pula mendapatkan pengesahan JKKK kawasan dan lebih tragis dan membebankan lagi mangsa banjir apabila Pengerusi JKKK yang diminta supaya dihubungi gagal berada dikawasan kerana berada di tempat kerja.

Bayangkan bagaimana perasaaan mangsa banjir apabila proses politik sebegini berlaku ?

Rungutan demi rungutan telah disampaikan kepada pihak terlibat tetapi ianya tidak dilayan dan semua mangsa banjir diarahkan supaya mengikut arahan yang dikeluarkan.

Begitulah situasi yang berlaku ianya jelas bukan memudahkan mangsa banjir sebaliknya merumitkan lagi keadaan dan wakil kerajaan DAP Pulau Pinang (Penyelaras kawasan) tidak langsung memikirkan kesusahan mangsa banjir yang perlu mengambil cuti dari kerja dan dalam masa yang sama perlu pula melihat keadaan rumah masing-masing yang dilanda banjir.

Untuk rekod wakil Barisan Nasional YB Datuk Jahara Hamid selaku Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang sebelum ini sudah pun mengingatkan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya jangan sesekali mempolitikkan hal membabitkan bantuan kepada mangsa banjir.

Tetapi cuba dipolitikkan oleh Lim Guan Eng !
YB Datuk Jahara dalam sidang media berkata Ketua Menteri begitu ghairah untuk mencari kesilapan sehingga beliau mempunyai prasangka buruk terhadap segala kenyataan yang dibuat oleh wakil Barisan Nasional.
Yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia adalah YB Datuk Jahara meminta supaya diperjelaskan kaedah permohonan bantuan kerana kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir bermula daripada RM400 kemudian RM500 dan sekarang tambahan lagi RM200.
Wakil Barisan Nasional itu berkata beliau mahu supaya kerajaan negeri menjelaskan kaedah dan prosedur yang ingin digunakan untuk memberikan bantuan tersebut
Malah Jahara turut berkata "Janganlah pula mereka minta mangsa banjir mendaftar sebagai ahli mana-mana parti" malah Utusan Malaysia dalam ulasan mereka menyatakan "difahamkan, orang ramai perlu mendaftar sebagai pengundi" ini merupakan prosedur yang telah dibuat untuk memohon rumah, untuk mendapatkan bantuan-bantuan di bawah program emas.
"Saya tidak menuduh mereka memaksa orang ramai yang nak mendapatkan bantuan untuk masuk sebagai ahli parti"
Beliau hanya menyarankan supaya syarat-syarat ini diperjelaskan dan supaya tidak dikenakan syarat-syarat yang menyusahkan orang ramai.Selanjutnya
Semuanya dipolitikkan termasuklah dalam proses mengenal pasti mangsa banjir apabila Wakil Rakyat BN dinafikan hak mereka termasuklah wakil dari PKR Kebun Bunga sendiri.

Baca artikel berkaitan di bawah;







Lebih teruk lagi kerajaan negeri di bawah DAP yang suka melalak kononnya lebih baik dalam segala segi daripada kerajaan pusat khususnya dalam soal kewangan yang dikatakan begitu hebat masih lagi meminta derma dari rakyat kononnya untuk membantu mangsa banjir.

Bukan tak boleh buat derma tapi mana kredibiliti dan cakap-cakap kukuhnya kewangan kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Kalau RM305 juta untuk kajian projek terowong boleh saja dibayar kenapa tidak jumlah yang sama dikeluarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membantu MANGSA BANJIR ?

Tidak cukup dengan itu dana yang terkumpul itu bukan sahaja menjadi isu tetapi turut melibatkan akaun parti DAP dan bukannya akaun milik kerajaan negeri atau mana-mana agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang ?

TELUS ker sampai timbul persoalan seleweng ? 

Baca ulasan oleh blogger BeruangBiru

So apa yang berlaku di bumi Pulau Pinang adalah satu aksi drama politik yang begitu didambakan oleh kuncu-kuncu Pakatan Haprak selama ini untuk segera mendapatkan kredit mudah seolah-olah merekalah yang bangkit membantu rakyat Pulau Pinang sedang hakikatnya mereka lambat bertindak malah langsung tidak serius dalam hal membabitkan keperluan rakyat.

Mangsa banjir sudah pun dijadikan buat catur yang digerakkan ke sana ke mari semata-mata untuk menunjukkan merekalah yang berkuasa.

Namun MMI percaya bahawa ramai dari warga Pulau Pinang telah faham dan benar-benar mengenali sikap sebenar puak-puak DAP dan kuncu-kuncu mereka di Pulau Pinang.

Dan sudah tentu hal ini bakal menjadi satu hukuman terhadap DAP dan kuncu-kuncunya pada masa dan ketikanya nanti.

Malah Lim Guan Eng serta rakan-rakan politiknya sudah pun dapat merasai bahang cakap besar mereka dan ianya jelas pincang selain bukti betapa ketidakmampuan Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang.

Baca artikel berkaitan ;

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels