Followers

Friday 27 October 2017

Warm Up Bajet 2018


Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan punya rekod lebih dari 60 tahun mentadbir Malaysia, rakyat sebenarnya sudah melihat bagaimana dasar-dasar negara di rangka.Mengikuti pembentangan bajet pada setiap tahun, sudah tentu ramai dari kalangan warga Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana kerangka bajet itu dibina dan kemudiannya diterjemahkan untuk kemakmuran negara seterusnya untuk kebaikan rakyat.

Kita sedar bahawa pembangkang juga menggunakan bajet sebagai salah satu mekanisma untuk menarik sokongan rakyat supaya pembangkang dilihat lebih baik daripada pihak kerajaan persekutuan.

Malah dalam keadaan-keadaan tertentu, pembangkang menjadikan isu bajet sebagai "platform" untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan tidak benar-benar serius dalam menyediakan bajet yang memenuhi aspirasi rakyat.

Contohnya dalam isu pemberian BR1M, ramai dari kalangan pemimpin pembangkang menjadikan isu BR1M sebagai senjata politik dengan menganggap pemberian bantuan tersebut bersifat "one off" dan ianya tidak benar-benar membantu rakyat.

Sedangkan pemberian BR1M dilaksanakan setelah pihak kerajaan meneliti dasar subsidi negara yang dilihat boleh dirasionalisasikan berdasarkan kumpulan sasaran yang sudah tentu akan lebih mendapat manfaat.

Seperkara yang tidak dicanang oleh pembangkang adalah bagaimana setelah BR1M diperkenalkan ianya telah berjaya mensasarkan kumpulan sasaran yang benar-benar layak untuk menerima bantuan terbabit dan sehingga kini 7 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada dasar terbabit.

Mengambil kira keadaan itu, pembangkang sehingga kini masih lagi berbeza pandangan dan sudah pun membuktikan kecelaruan mereka kepada seluruh rakyat Malaysia.Perkara ini dibuktikan dalam himpunan anti kleptokrasi baru-baru ini apabila Tun Mahathir dengan jelas menyatakan BR1M adalah RASUAH tetapi Lim Guan Eng dalam ucapannya menyatakan BR1M akan diteruskan malah pembangkang juga mampu untuk meneruskan BR1M.

Baca artikel berkaitan https://mahamissa.blogspot.my/2017/10/bebal-di-anti-kleptokrasi-tun-mahathir.html 

Persoalannya apakah ucapan dari kedua-dua pemimpin dalam pembangkang ini konsisten atau ianya akan berubah-ubah mengikut keadaan ? 

Atau ianya dibuat sekadar janji-janji politik seperti mana yang pernah berlaku di Pulau Pinang terhadap pemansuhan tol Sungai Nyior, masalah banjir dan pembinaan rumah kos rendah ?

Malah di Selangor juga isu berkaitan air bersih,elaun khas kepada ibu tunggal,pendidikan percuma dan lain-lain semua ini sebenarnya harus dipersoalkan oleh rakyat apakah ianya sekadar gula-gula pilihanraya atau ianya bukti kelemahan dan pembohongan berterusan pembangkang ?




Tidak dinafikan siapa jua berhak untuk mempersoalkan tetapi dalam keadaan tertentu biarlah persoalan itu merujuk kepada fakta dan realiti kerana kita bukan sekadar berbicara soal politik tetapi melibatkan kesejahteraan negara dan rakyat keseluruhannya.

Kita sedar terdapat segelintir dari kalangan rakyat yang cuba untuk bereksperimen ! Maksudnya mereka sedang berkira-kira atau cuba untuk mengubah kerajaan kononnya untuk melihat sama ada perubahan yang berlaku itu boleh mendatangkan kebaikan yang jauh lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.Jika tidak ubah kembali kepada kerajaan sedia ada pada hari ini.

Apabila sampai ke tahap itu, sebelum tindakan sedemikian diambil rakyat perlu membuat semakan dan penelitian berdasarkan "track record" kedua-dua belah pihak.

Apakah kita sanggup untuk memperjudikan nasib negara dan rakyat keseluruhnya bagi tempoh 5 tahun yang akan datang ?

Adakah kita sudah benar-benar yakin ianya boleh menyebabkan berlakunya perubahan yang lebih positif ?

Memang jika pembangkang mentadbir sekalipun akan ada perubahan tetapi sejauh mana perubahan itu mampu berpaksikan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan contohnya kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu ?

Lihat kembali kejadian-kejadian yang berlaku di Pulau Pinang !

Contohnya kampung orang-orang Melayu dihapuskan, gerai milikan orang Melayu dirobohkan, dasar pembangunan yang tidak sekata khususnya dalam pembinaan rumah mewah dan rumah mampu milik semua ini menunjukkan kepada kita bahawa kebaikan yang dilakukan oleh pentadbiran pembangkang bolehlah disamakan dengan buih-buih cantik yang terhasil sewaktu berlakunya ombak sedang kepadatan dan kekuatan alunan yang membentuk ombak itu berada jauh didasar lautan yang kita sendiri tidak nampak.

Jadi bayangkan adakah kita sanggup untuk hanya menjadikan keyakinan yang dipenuhi dengan agakan itu sebagai penamat kepada keputusan yang bakal menentukan survival rakyat Malaysia ?

Bajet bayangan pembangkang hanyalah bajet yang masih berteraskan kepada bajet dan dasar kerajaan persekutuan.

Tidak ada perkara baharu yang dikemukakan kepada kita oleh pembangkang melainkan tokok tambah penyedap rasa dari apa yang telah dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional dan pembangkang sudah tentunya boleh menyatakan apa sahaja kerana mereka bukan kerajaan persekutuan yang menampung bukan sahaja 1.6 juta penjawat awam tetapi juga seluruh rakyat Malaysia termasuk pembangkang dan negeri-negeri dibawah pentadbiran pembangkang.

Di saat kita terbang ke sana ke mari pasti akan ada insan yang hanya mampu berkereta!
Di saat kita boleh berkereta pasti ada insan lain yang hanya mampu bermotorsikal!
Di saat kita bermotorsikal pasti ada insan lain yang hanya mampu menunggang basikal!
Di saat kita menunggang basikal pasti ada insan lain yang hanya berjalan kaki!

Dan perlu diingat disaat kita masih mampu berjalan kaki pasti ada insan lain yang sedang kesakitan dan nasib mereka-mereka ini sudah tentunya bergantung kepada kestabilan sesebuah kerajaan dan dasar yang dibawanya.

Oleh yang demikian, MMI berpesan ... Janganlah kita asyik memikirkan tentang diri sendiri kerana kesan daripada tindakan kita itu bakal menyebabkan pihak dan individu lain terkesan seterusnya menanggung beban akibat daripada tindakan kita yang hanya mengikut emosi.

Bajet 2018 yang bakal dibentang oleh YAB Perdana Menteri sekejap sahaja lagi adalah BAJET REALISTIK yang berdasarkan kepada KEMAMPUAN dan KEUPAYAAN negara BUKAN BAJET POLITIK semata-mata.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels