Followers

Thursday 21 September 2017

Guan ENg & Banjir - Sendiri BANGANG Salahkan Media !!


Kerajaan DAP Pulau Pinang umum akan bagi bantuan RM400 kepada mangsa banjir di Pulau Pinang setelah jumlah kerugian yang ditanggung rakyat jauh melebihi jumlah itu dan semua tu belum diambil kira kesan sampingan TEKANAN dan EMOSI rakyat selama berdepan dengan banjir kilat.

Hari ni pun berlaku lagi masalah banjir yang sama dan kalau kita nak ikut cakap puak-puak DAP ni disuruhnya rakyat tanya tuhan masing-masing sebab ianya diluar bidang kerajaan negeri barangkali !

MMI kata kepala hotak ampa !

Sejak 2008 yang lalu ampa buat apa ?????

Baca artikel ni KLIK

Tak cukup dengan semua tu disalahkan pula media !

Woooooo .....

Lim Guan Eng pernah salahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana banjir kilat di Pulau Pinang.

Ketua Menteri itu juga pernah salahkan hujan lebat sehari yang digambarkan seperti hujan sebulan sebagai punva banjir kilat di negeri ditadbirnya.

Kali ini, Guan Eng menyalahkan pula media khususnya apa yang digelarnya media BN (Barisan Nasional) kerana dakwanya memberi gambaran palsu kejadian banjir di negeri itu, empat hari lalu.

Alasannya, beberapa negeri lain berjiran dengan Pulau Pinang juga dilanda banjir kilat malah jauh lebih teruk berbanding di negeri itu.

“Kesan daripada hujan lebat luar biasa ini turut melanda negeri-negeri jiran yang jauh lebih teruk tetapi gambaran media BN seperti biasa memberikan gambaran palsu seakan-akan bahawa hanya negeri Pulau Pinang yang banjir,” katanya dalam satu kenyataan akhbar Rabu.

Media juga melaporkan mengenai banjir di Melaka dan Negeri Sembilan yang berlaku selepas banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Kerana marahkan media BN, Ketua Menteri itu enggan menjawab soalan diaju seorang wartawan dalam sidang medianya, hari ini.

“Saya tidak mahu jawab soalan dari media BN kerana banyak kali media BN menyoal soalan bohong,” katanya.

Dalam kenyataannya juga , Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak akan mencari alasan, tidak akan elak, tidak akan sembunyi dan tidak akan lari daripada tugas dan tanggungjawab untuk berdepan dengan masalah banjir serius itu.

Barangkali mahu mengambil hati penduduk terjejas banjir, beliau mengumumkan pemberian tunai sebanyak RM400 bagi setiap keluarga dan pemilik bangunan yang terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu 15 September lalu.

Setiap keluarga atau pemilik bangunan hanya akan mendapat sekali bayaran sahaja.

Pada Jumaat lalu, kira-kira 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang dilanda banjir selepas hujan lebat selama lebih lima jam.

Paras air naik sehingga 2.1m, manakala tanah runtuh juga dilaporkan berlaku.

Guan Eng berkata ramai mangsa mengalami kerosakan pada bangunan atau kenderaan milik mereka akibat banjir itu.

Pelik juga, beliau mengaku keadaan banjir teruk di Pulau Pinang tetapi dalam masa sama menyalahkan media kononnya memberi gambaran buruk berhubung banjir yang turut meragut satu nyawa.

Inilah gambaran sikap bongkak pemimpin utama DAP yang pernah berjanji kononnya Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS mampu menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja jika menjadi kerajaan.

Kini sudah dua penggal, banjir berterusan dan lazmnya, Guan Eng seperti pemimpin pembangkang lain akan menyalahkan BN atau media yang mereka dakwa milik BN bagi menutup kelemahan mereka.

MMI kata lagi kalau tak spin bukan DAP beb !!!!

Sendiri BANGANG Salahkan Media !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels