Followers

Saturday 19 August 2017

Survivor Azmin Cetus Konflik Dalam Pakatan Haprak !


JELAS , NYATA dan TERBUKTI apa yang selama ini MMI katakan adalah BENAR SEBENARNYA !

Memang puak-puak dalam pembangkang yang membentuk hubungan songsang sesama mereka adalah Pakatan HAPRAK sebab langsung tak ada hormat sesama sendiri waima dasar dalam Pakatan Haprak itu sendiri pun boleh dibuat main-main.

Ironinya apa yang selama ini diwar-warkan hanyalah satu pembohongan bersiri untuk memancing sokongan rakyat selain daripada meracuni pemikiran seluruh warga Malaysia dengan pelbagai fitnah dan adu domba semata-mata untuk berkuasa walhal kredibiliti untuk mentadbir ke laut.

MMI nak ulang sekali lagi apa yang sering disebut oleh puak-puak pimpinan pembangkang apabila timbul satu-satu isu melibatkan puak-puak mereka , selalunya ayat semacam ni akan keluar ... Apa jua keputusan sekalipun kami akan bincangkan di peringkat tertinggi merujuk kepada Pakatan Haprak jadi secara ringkasnya apa jua keputusan khususnya yang melibatkan hubungan politik sesama parti yang berada dalam Pakatan Haprak mestilah merujuk kepada sekumpulan badut yang mengaku mereka adalah pemimpin tertinggi.

Jelas dan terang ... Sekarang ni jom kita tengok apa yang Azmin ni buat !
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui bahawa rundingan antara partinya dengan PAS tidak membabitkan Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor itu menjelaskan tiada keputusan dicapai mengenai inisiatif kerjasama tersebut yang bertujuan mengelak pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Saya tidak boleh mewakili PH. Keputusan ini dibuat oleh parti untuk mempertahankan dan meneruskan rundingan bersama dengan PAS.
“Setakat ini tiada keputusan dan tidak membabitkan PH, rundingan tersebut hanya dengan PKR. Bukan PH,” katanya.
Nampak tak apa yang Mamat ni sebut ? Punya bingai , apa yang dilakukan itu tidak melibatkan Pakatan Haprak hanya PKR yang cuba untuk mengadakan rundingan dengan PAS !

MMI harap rakyat Malaysia jangan jadi BODO macam si Azmin ni noo ...

Weiii PAS dah lama ampa (Pakatan Haprak) terajang dan jelas parti itu tidak terlibat dalam pakatan songsang so macam mana PKR yang hari ni bersama-sama dalam Pakatan Haprak boleh buat keputusan macam tu ?????

Mana pi segala dasar dan undang-undang mak nenek ampa dalam Pakatan Haprak ?

MMI bukan nak mencemuh apa yang Azmin ni tengah buat cuma nak ajak semua untuk pikir sikit sebab ada 2 benda yang MMI rasa mesti kena kongsi !

1.Mengambil kira tindakan sedemikian maka Pakatan Haprak harus mengambil tindakan terhadap Azmin dan juga PKR kerana jelas apa yang sedang dilakukan oleh Azmin di Selangor melanggar norma-norma politik Pakatan Haprak dengan merujuk kepada ketidakterlibatan PAS dalam Pakatan Haprak.

Mana mungkin sekumpulan parti politik yang sudah pun mengaku untuk bersama dalam semua keadaan boleh membiarkan tindakan seumpama ini berlaku kerana ia jelas MELIWAT dasar mereka sendiri.

Apakah DAP akan membiarkan tindak tanduk ini terus berlaku ?

2.Tak sedar ke DAP dan seluruh pimpinan Pakatan Haprak termasuk Mat Sabu (PAN) Azmin tengah bertungkus - lumus untuk menyelamatkan karier politiknya di Selangor ?

Baca ni ... Azmin Ali Bimbang Hilang Kuasa Jika Bubar DUN?

Secara teknikal, jika Pas betul-betul keluar daripada Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bakal hilang kuasa kerana kerajaan Selangor tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Inilah paling ditakuti sekali gus namanya pasti tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai ketua kerajaan negeri paling singkat memegang kuasa, mengatasi Nizar Jamaluddin di Perak yang bertahan hampir 13 bulan.

Justeru, tidak hairanlah ADUN Bukit Antarabangsa itu kelihatan resah gelisah mengenangkan ‘perang’ antara Pas dan DAP kerana jika gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang.

Bayangkanlah jika negarawan Tun Dr. Mahathir diajuk pelbagai pihak dengan ungkapan bersahaja “Apa nama”, kini Azmin pula mulai popular dengan parodi “Itu pandangan peribadi” bagi mengelak lafaz klise “Tiada komen”.

Jika DAP mahu putus hubungan dengan Pas, jawapan mudah Azmin “Itu pandangan peribadi DAP”, dan sekiranya Pas pula ugut hendak ‘bercerai’ dengan DAP, jawapan ringkas Azmin sekali lagi “Itu pandangan peribadi Pas”.

Segala-galanya bersifat peribadi. Entahlah apa yang peribadinya atau adakah Azmin memang jenis manusia sentimental malah semuanya adalah peribadi dan tiada yang tidak peribadi, kecuali peribadi sahaja semata-mata.

Sebenarnya inilah cara tersirat Azmin melindungi keresahan hatinya yang tahu ‘bencana besar’ akan menimpa dirinya jika Pas mengotakan janji keluar terus daripada kerajaan campuran Pakatan Rakyat di Selangor.

Memetik portal berita AgendaDaily, apa lagi hendak kata… sesiapapun di tempat Azmin akan cuba reda keadaan dengan menolak bulat-bulat pilihan membubarkan DUN Selangor jika kemelut PAS dan DAP tidak selesai cepat.

Timbalan Presiden PKR itu baharu sahaja mengangkat sumpah jadi Menteri Besar pada tahun lalu, kurang setahun, jika DUN bubar, beliau akan catat sejarah sebagai MB yang paling singkat memegang kuasa di Malaysia.

Secara matematik, Pas memiliki 15 ADUN sama banyak dengan DAP yang juga 15, manakala PKR cuma ada 13 kerusi selepas parti itu memecat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim susulan Langkah Kajang dan BN pula 12.

Ini bermakna andai kata Pas bersatu dengan BN dan Khalid, kelompok itu sudah ada 28 kerusi tetapi Azmin hanya 27 kerusia kerana kedudukan Speaker DUN yang juga wakil Subang Jaya, Hannah Yeoh tidak boleh mengundi.

Mahu tidak mahu Azmin kena menghadapi episod kritikal perselisihan antara DAP dan Pas dengan terus tunjuk steady, di luar nampak yakin, tetapi dalam hati kecilnya siapa yang tahu; takut, cemas, bimbang, gelisah, pening! seterusnya

Well rasanya ampa semua nampakkan ? Apa yang Azmin tengah buat tu adalah untuk SURVIVOR politik dia yang kini sudah pun mencetuskan konflik dalam Pakatan Haprak.

Kalau masih tak ada apa-apa respon dan tindakan dari Pakatan Haprak sendiri maka JELASlah puak-puak HAPRAK ni memang HAPRAK !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels