Followers

Thursday 28 December 2017

Yang BONGKAK Itu Jauh Lebih Banyak MENYUMBANG !


Memang benar hanya kalangan mereka yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja akan menerima bulat-bulat apa yang dibanggakan sangat oleh puak DAP selaku pentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sepanjang DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2008 sehingga ke hari ini, rasanya rakyat lebih melihat bagaimana kelemahan dan kerakusan kerajaan negeri menguasai hampir seluruh tempoh masa DAP mengurus.

Lim Guan Eng bukan sahaja gagal mengurus Pulau Pinang dengan baik seperti mana yang beliau ungkapkan tetapi turut memilih untuk bermusuh dengan banyak pihak.

Bukan sahaja dengan parti lawan tetapi juga dengan NGO termasuklah dengan wartawan dan semua ini dilakukan apabila mereka-mereka ini dilihat tidak sealiran dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Buktinya boleh baca di blog sahabat Keris7Lok

Sebelum itu kita semua sudah menyaksikan bagaimana kerajaan negeri yang jelas gagal menangani isu membabitkan permasalahan banjir dan kejadian tanah runtuh yang sudah mengorbankan nyawa itu sebenarnya disumbangkan dengan sikap rakus kerajaan negeri yang lebih terarah kepada projek membina rumah-rumah bukan mampu milik.

Tak perlu rasanya MMI catatkan satu persatu cukup dengan isu peningkatan harga rumah yang menjadi bebanan rakyat marhain.

Dan kalau kita amati kerajaan negeri lebih banyak cakap politik daripada bersikap serius dalam pembinaan rumah mampu milik.

Bukan sahaja pembinaan itu menjadi misteri hampir 9 tahun sejak DAP mentadbir Pulau Pinang tetapi tidak ada sebarang tumpuan diberikan terhadap keperluan rakyat di Pulau Pinang.

Malah DAP khususnya sering menyerang kerajaan BN dalam isu peningkatan kos yang dijaja keseluruh negara.

Namun hakikatnya kerajaan DAP Pulau Pinang yang bongkak ini jauh lebih banyak menyumbang kepada peningkatan kos dan ianya didedahkan oleh Adun Pulau Betong, YB Datuk Muhammad Farid Saad baru-baru ini.





GEORGE TOWN - Caj Pembangunan dan lain-lain caj pembangunan perumahan yang dikenakan ke atas pemaju di Pulau Pinang telah meningkat melebihi tiga kali ganda sejak tahun 2008 menyebabkan peningkatan harga hartanah di Pulau Pinang.
Caj pembangunan yang sebelum ini RM5 sekaki persegi untuk projek-projek kediaman kini RM15 sekaki persegi manakala caj pembangunan untuk saliran, tempat letak kereta, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan perumahan kos rendah meningkat lebih daripada dua kali ganda atau tiga kali ganda.
"Saya mendedahkan maklumat ini untuk membuktikan bahawa salah satu daripada sebab-sebab kenaikan harga perumahan di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap pemaju yang kemudian dikenakan pada pembeli rumah," katanya.
"Caj ini meningkat disebabkan peningkatan kos kira-kira RM120 satu kaki persegi bagi setiap unit perumahan," dakwanya dalam kenyataan di facebook.
Beliau juga telah mendedahkan jadual yang menyenaraikan perbezaan caj daripada sebelum 2008 dan caj semasa yang dikenakan.
Dalam jadual yang dikongsikan, caj saliran telah meningkat daripada RM10,000 seekar kepada RM50,000 seekar, caj tempat letak kereta daripada RM15,000 setiap petak kepada RM25,000 setiap petak, caj kemudahan masyarakat RM25 sekaki persegi kepada RM500 sekaki persegi dan caj perumahan kos rendah RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang manakala sebelum ini tidak ada apa-apa caj. PenangOnline
Dalam masa yang sama Pakar ekonomi, Isham Jalil berkata Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang adalah punca sebenar kenaikan mendadak kos sara hidup terutama di bandar-bandar di Selangor dan terkesan ke negeri-negeri lain.

Kenaikan itu berlaku antara tahun 2008 dan 2011. Pada ketika itu GST belum pun dilaksanakan dan negeri Selangor serta Pulau Pinang adalah dua negeri yang mengalami kenaikan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Lihat video di bawah ;



Merujuk kepada semua perkara diatas maka dapatlah MMI simpulkan bahawa kerajaan BN yang sering dituduh sebagai penyebab kepada berlakunya kenaikan kos sara hidup itu hanyalah sekadar satu tuduhan berasaskan kepada propaganda pembangkang yang mahu menutup kerakusan sendiri.

Menolak semua teguran dan menafikan semua kelemahan malah bersikap angkuh dan mengaku hebat adalah ciri-ciri yang cukup sinonim dengan pembangkang khususnya DAP di Pulau Pinang.

Sebab itulah MMI kata yang bongkak itu jauh lebih banyak menyumbang kepada apa yang dilalakkan mereka selama ini.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels