Followers

Tuesday 7 November 2017

Mudahnya Kerja Puak DAP , BANJIR Ja Salahkan Pihak Lain !


Banjir salahkan hujan .. 
Hujan salahkan Tuhan ..
Rakyat merungut salahkan kerajaan persekutuan ..

Mudahkan ? Kalau macam inilah nilai dan cara kerja puak-puak pembangkang maka MMI ingat MMI pun boleh jadi Ketua Menteri atau Menteri Besar.

Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai ditempelak kerana cuba menunding jari kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai punca berlakunya banjir teruk yang melanda Pulau Pinang.

Kok Wai yang juga pemangku Pengerusi DAP berkata banjir teruk yang melanda Pulau Pinang disebabkan tiada amaran awal daripada MOSTI.

“Jabatan ini telah gagal kerana (tidak mampu) mengumumkan ramalan cuaca yang lebih awal lagi,”kata Kok Wai.

Membidas hujah DAP itu, Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata Kok Wai hanya membuat tuduhan semborono dan tidak mengikuti perkembangan semasa kerana pihak MOSTI telah memberi amaran kuning seawal 1 November berhubung kejadian hujan lebat di negeri itu.

“Pihak MOSTI telah memasukkan amaran cuaca buruk melalui hebahan televisyen iaitu amaran kuning bermula 1 November lagi. Saya pasti YB Cheras tidak menonton tv.

“Apa amaran kuning, boleh catit YB..bermaksud pemantauan menunjukkan hujan lebat dijangka berlaku dalam masa satu atau dua hari lagi” katanya.

Seperkara yang puak DAP ni lupa adalah dah begitu banyak sekali rungutan dan desakan daripada rakyat di Pulau Pinang sendiri yang mahukan supaya kerajaan DAP Pulau Pinang serius dalam menangani permasalahan banjir yang berlaku.

Malah isu membabitkan tanah runtuh sekalipun dah disuarakan oleh semua pihak termasuklah NGO-NGO .. Kenapa buat BODO ???

Ini suara rakyat tengok sendiri ...


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels