Followers

Wednesday 4 October 2017

Muhyiddin Sabotaj Tun Mahathir Di Johor ?


Seperti yang dilaporkan , Pakatan Haprak terus bergolak dengan tindakan keluar parti para pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi.Jika sebelum ini barisan pimpinan dan juga antara pengasas penubuhan parti PPBM membuat keputusan yang sama , kali ini ianya melibatkan mereka-mereka dari parti PKR.

Keputusan tiga pimpinan PKR Cabang Batu Pahat yang mengumumkan keluar parti dan memohon untuk menyertai UMNO merupakan satu proses berpanjangan yang akan terus berlaku selepas ini kerana kesongsangan perjuangan politik caca marba yang kini tidak lagi dapat diselindungi.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Bendahari dan Ketua Penerangan PKR Cabang Batu Pahat , Mohd Firdaus Esa, Mohd Azhar Ahmad dan Mohd Hafizi Johari bersama empat lagi ahli PKR cabang itu membuat keputusan setelah hilang percaya kepada pimpinan PKR dan  Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi.


“Kami juga hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat yang ternyata lebih banyak menghilangkan diri daripada berkhidmat pada rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.”

Memanglah keputusan keluar parti dan kemudiannya menyertai parti lain itu adalah asam garam dalam dunia politik namun melihat kepada pendirian Pakatan Haprak ditubuhkan seharusnya tindakan-tindakan sebegini tidak berlaku.

Apatah lagi kehadiran Tun Mahathir dan konco-konconya yang begitu obses kononnya membawa pilihan alternatif yang jauh lebih baik kepada rakyat Malaysia bagi menggantikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pilihan untuk menerajui Malaysia , sudah tentunya insiden-insiden keluar parti sebegini tidak perlu berlaku.

MMI percaya selain daripada pergolakan dan hilang percaya akar umbi terhadap kepimpinan parti masing-masing ianya turut melibakan keupayaan dan kewibawaan pimpinan tertinggi Pakatan Haprak itu sendiri.

Seharusnya pimpinan tertinggi Pakatan Haprak perlu bertanggungjawab terhadap segala pergolakan dan kemelut yang kini sedang menghantui parti-parti dalam pakatan itu sendiri.Malah kalau kita perhatikan Tun Mahathir adalah pimpinan tertinggi dalam Pakatan Haprak hari ini dengan menolak kedudukan Anwar walaupun dilantik sebagai Ketua Umum tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana sedang merengkok di Penjara Sungai Buloh.

Maka Tun Mahathirlah yang perlu bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan mahupun perjalanan Pakatan Haprak itu bersesuaian dengan kedudukannya selaku Pengerusi atau orang nombor dua selepas Anwar Ibrahim.

Persoalannya apakah Tun Mahathir sudah membuktikan kemampuannya mengepalai Pakatan Haprak seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dalam Barisan Nasional ?

Memang akan ada yang kata orang UMNO juga keluar parti dan menubuhkan PPBM , apa bezanya dengan apa yang berlaku dalam Pakatan Haprak ?

Harus diingat keputusan mereka-mereka itu berdasarkan kepada alasan kononnya mahu memilih parti yang lebih baik dari UMNO dan mereka mengakui bahawa PPBM itu adalah yang terbaik namun apa yang berlaku kemudian adalah sebaliknya.

Datuk Seri Najib pula konsisten dalam memimpin BN dan sehingga ke saat ini jentera BN terus komited dengan pimpinan dan hala tuju mereka mentadbir negara seterusnya membela nasib rakyat.

Jadi tidak timbul soal UMNO mahupun BN ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam Pakatan Haprak ?

Dan kalau kita perhatikan struktur pimpinan Pakatan Haprak itu sendiri , dengan kedudukan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Pakatan Haprak dan merupakan wakil dari Johor , kenapa tidak Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk memastikan kedudukan Pakatan Haprak di Johor tidak tergugat dengan isu-isu hilang percaya pada pimpinan kerana kesannya bukan sahaja kepada parti PKR (merujuk kepada tindakan keluar parti di Batu Pahat) tetapi juga kepada Pakatan Haprak itu sendiri.

Apakah kerana Muhyiddin bukan dari kalangan PKR , maka isu melibatkan PKR dibiarkan ditangani sendiri oleh parti itu tanpa sebarang campur tangan dari pihak atasan ?

Atau Muhyiddin sememangnya tidak tahu menahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu kerana beliau bukan dari PKR ?

Jika itulah yang berlaku , dimanakah kerjasama dan pakatan yang diwar-warkan berlaku sesama parti dalam Pakatan Haprak ?

Lebih menarik lagi , MMI terdengar desas desus yang mengatakan Muhyiddin juga sebenarnya sudah tidak lagi berapa selesa dengan permainan politik Tun Mahathir yang kini terlalu menyembah parti DAP !

Jika apa yang MMI dengar itu BENAR , apakah mungkin Muhyiddin sedang mensabotaj Tun Mahathir dengan membiarkan Pakatan Haprak di Johor berkocak ?

Jangan kita sesekali lupa , Muhyiddin di waktu bersama dengan UMNO adalah seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip KEMELAYUANNYA .. Malah beliau pernah mengeluarkan ungkapan-ungkapan yang dilabel oleh DAP dan pembangkang sebagai berbau RASIS !

Jadi tak mustahil jiwa dan darah Melayu itu akan membuak-buak tatkala melihat Tun Mahathir terlalu membuka dan memberi ruang kepada DAP sehingga dilihat Tun Mahathir terlalu menjilat parti cauvinis itu semata-mata untuk mendapat sokongan.

Sesuatu yang pasti pergolakan yang kini sedang berlaku dalam Pakatan Haprak telah menyebabkan wujudnya rasa bimbang dan sangsi diantara satu sama lain.Sebab itulah awal-awal lagi DAP telah membuat persediaan supaya tidak ada mana-mana pihak dari parti PKR , PAN dan PPBM yang boleh menggugat kedudukan dan kehadiran mereka selaku kepala besar di belakang tabir Pakatan Haprak.

Naijahnya kecelaruan dan pergolakan ini hampir pasti akan menelanjangkan agenda songsang mereka-mereka yang berada diatas dalam hiraki Pakatan Haprak kerana misi mereka jelas untuk terus "survive" tanpa mempedulikan suara akar umbi mereka sendiri.

Fikirkan ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels