Followers

Tuesday 10 October 2017

Laporan Kajian Terowong GONE With LGE !


Lim Guan Eng dan konco-konconya sebelum ini begitu beria-ia sekali apabila isu pembinaan terowong mula diwar-warkan kepada umum.Pelaksanaan dan perancangan yang dikatakan bakal memberikan satu lagi alternatif kepada penduduk Pulau Pinang untuk mengatasi kesesakan jalanraya rupa-rupanya hanya indah khabar dari rupa.

Dari satu segi sudah semestinya alternatif untuk mengatasi permasalahan trafik yang semakin menggila di Pulau Pinang amat dinanti-nanti oleh para penduduk namun perancangan ke arah itu haruslah menitik beratkan kesan dan juga pelaksanaan yang mematuhi piawaian serta undang-undang tertentu memandangkan ianya bakal melibatkan nyawa pengguna.

Apa yang berlaku dalam isu terowong di Pulau Pinang ini benar-benar membuka pekung pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sehingga artikel ini ditulis kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi GAGAL menunaikan janjinya untuk menghantar laporan kajian projek terowong dasar laut.

Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kerja Raya ;

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya belum menerima laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti dijanjikan oleh kerajaan Pulau Pinang 18 bulan yang lepas, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng berjanji untuk menyerahkan laporan itu akhir tahun lalu tetapi atas permintaan Lim, ia kemudian ditunda kepada 6 bulan lagi selepas kementerian sekali lagi bertanya mengenai laporan tersebut pada Mac tahun ini.

Beliau berkata Lim memberi alasan kajian mengenai projek itu masih hanya 87% dan akan mengemukakan laporan tersebut apabila kajian selesai.

“Sekali lagi tarikh akhir itu telah berlalu dan sehingga hari ini, kita belum menerima 1 halaman pun laporan berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.

Fadillah berkata penangguhan itu sangat luar biasa kerana projek tersebut ditawarkan pada April 2013.

“Laporan kajian kebolehlaksaan projek terowong yang melibatkan kos RM305 juta belum siap walaupun sekurang-kurangnya RM220 juta telahpun dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang,” kata beliau.

Beliau berkata kementerian meminta laporan itu sejak April tahun lalu selepas Lim dalam surat kepada beliau meminta untuk menukar pembinaan terowong kepada jambatan.

“Saya memberitahu Lim bahawa kementerian tidak boleh memberi kelulusan berdasarkan surat 2 muka surat dan meminta mereka menghantar kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk mengenai ketiga-tiga jalan dan terowong yang melibatkan RM305 juta untuk kos perundingan sahaja,” kata beliau.

Fadillah berkata kementerian amat berminat dan ingin melihat laporan tersebut yang kos bagi kajiannya adalah terlalu mahal berdasarkan pengalaman kementerian.

Beliau berkata, awal tahun ini, Lembaga Jurutera membuat pengiraan bahawa harganya adalah 400% lebih tinggi daripada harga yang diwartakan.

Fadillah membidas kerajaan negeri bahawa jika situasi yang sama berlaku pada projek-projek kerajaan Persekutuan, kerajaan sudah tentu dikritik hebat oleh pembangkang dengan dakwaan berlaku amalan rasuah atau kronisme -Bernama

MMI kata puak pembangkang tengah kalut dengan himpunan kleptokrasi kononnya menolak negara yang diperintah pencuri tetapi mereka lupa isu terowong di Pulau Pinang dengan kos RM305 juta hanya untuk kos perundingan selain kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang mengotakan janji mereka untuk menghantar laporan seperti yang dijanjikan rasanya jauh lebih daripada kleptokrasi sebab siap sekali PAKEJ PEMBOHONG !

Haprak !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels