Followers

Monday 9 October 2017

Beliau Kini IKON DAP Syabas Mahathir !


Sejak Tun Mahathir menubuhkan parti PPBM dan kemudiannya bersama dalam Pakatan Haprak , tidak ada mana-mana pihak sekalipun yang boleh menafikan di situlah permulaan hubungan istimewa antara Tun Mahathir dan Lim Kit Siang.

Hubungan istimewa itu kemudiannya di tafsirkan dengan terbentuknya gandingan akrab antara PPBM dengan DAP seterusnya bersama-sama dengan parti PAN dan PKR dalam Pakatan Haprak,

Kalau kita melihat kembali kepada sejarah , ke semua pemimpin yang berada dalam Pakatan Haprak itu dulunya adalah seteru paling kuat yang menyerang kepimpinan Tun Mahathir malah melabelkan pemimpin itu sebagai MahaZalim , MahaFiraun dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Siapa tak kenal Mat Sabu dan Wan Azizah ! Antara nama-nama besar dalam pembangkang yang konsisten menghentam Tun Mahathir dalam pelbagai keadaan termasuklah dalam isu liwat membabitkan Anwar Ibrahim , kesemuanya tidak pernah sekalipun bebas untuk memaki hamun Tun Mahathir.

Lim Kit Siang dan puak-puak DAP , jangan cakaplah ... Tun Mahathir adalah musuh yang perlu dijatuhkan kerana beliau adalah penghalang besar kepada cita-cita DAP untuk menguasai politik negara seterusnya Malaysia.

Begitulah juga sebaliknya , Tun Mahathir dianggap sebagai jeneral kepada orang-orang Melayu dalam menghadapi asakan agenda parti cauvinis DAP.Dengan sejarah hitam 13 Mei 1969 menjadi asas paling kukuh untuk menyedarkan umat Melayu betapa kemaraan DAP perlu disekat habis-habisan , Tun Mahathir adalah pemimpin paling hebat pernah orang Melayu miliki.

Namun semuanya telah berakhir tatkala Tun Mahathir mula membuka pintu kepada kehadiran suku-sakat DAP yang dikepalai Lim Kit Siang.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, melihat daripada perspektif itu, Tun Mahathir tidak boleh lagi dipercayai kerana sanggup menggadai prinsipnya yang pernah menolak parti cauvinisme seperti DAP suatu masa dahulu.

Malah kesanggupan Tun Mahathir untuk berbaik dengan DAP adalah merupakan perkara negatif yang mampu memusnahkan orang Melayu sendiri.

“Dia gadai prinsip bukan kerana sesuatu yang mulia sebaliknya untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Asalkan apa yang dikehendakinya dapat dicapai.

“Dr. Mahathir tidak peduli pandangan umum mengenai DAP dan tidak lagi hairan sekiranya berlaku kesan negatif yang berpanjangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Baru-baru ini, Tun Mahathir menjejakkan kaki ke ibu pe­jabat parti DAP di sini bersama-sama pemimpin utama Pakatan Harapan yang hadir untuk mesyuarat mingguan majlis presiden pakatan pembangkang tersebut.

Sementara itu, Bekas ADUN DAP Teratai di Selangor, Jenice Lee pula menyifatkan Tun Mahathir kini menjadi ikon bagi mempromosikan DAP dalam kalangan orang Melayu.

Hal ini, katanya, DAP sendiri menyedari bahawa mereka tidak boleh memenangi Pilihan Raya Umum sekiranya parti itu hanya didominasi oleh satu kaum sahaja.

Menurut beliau, DAP amat menagih sokongan orang Me­layu dan hanya Tun Mahathir dilihat dapat mempengaruhi orang Melayu untuk menyo­kong parti berkenaan.

“Ini semua sandiwara politik. Dr. Mahathir sebenarnya ada kepentingan politik untuk berbaik dengan DAP. Dulu dia ada cakap Melayu sudah lupa, tetapi kini dia sendiri yang lupa terhadap prinsip perjuangannya suatu masa dahulu,” jelasnya. kredit utusan online

Natijahnya walaupun DAP menganggap Tun Mahathir sebagai ikon DAP tetapi secara jujurnya kita boleh melihat bagaimana bekas jeneral orang Melayu itu kini bukan sahaja berpaling tadah tetapi sudah mula dipergunakan hanya kerana begitu mementingkan agenda peribadinya menjatuhkan Perdana Menteri.

Seperkara yang mungkin ramai tak perasan , lihat dan amati apakah Tun Mahathir kini benar-benar berjuang dalam PPBM parti yang ditubuhkannya atau mempergunakan parti itu untuk mendekatkan beliau dengan DAP ?

Tun Mahathir IKON DAP ? Anda tentukan ....

MMI

1 comment:

  1. harapan sorg ayah yg nak tgk anaknya yg tak berguna itu menjadi seorg PM.. sianak mmg tak berguna lgsg dahlah kekayaan hasil bantuan si ayah smpi nak jd PM pun mharap siayah yg dah pelupa tu tolong... sapa tuan sapa hamba skrg ni?

    ReplyDelete

Labels