Followers

Tuesday 19 September 2017

Apa Yang Tersirat Apabila Melayu DAP Sendiri Tolak Pesta Arak


Roketkini saluran media rasmi parti DAP hari ini mengeluarkan kenyataan daripada Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkenaan pembatalan penganjuran pesta arak dengan nama ‘Better Beer Festival 2017’ yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Oktober depan dengan tajuk 'Pesta arak jadi alat serang DAP, PKR' .

Menurut Sheikh Omar isu penganjuran festival ‘Better Beer’ telah dijadikan senjata politik untuk menyerang DAP dan PKR tanpa membincangkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melarang penganjuran festival tersebut.

Beliau berkata isu ini perlu ditangani menerusi ruang perbincangan yang rasional, tidak emosi dan menghormati kepelbagaian budaya negara ini.

“Sebagai seorang warganegara yang mendukung hak bersuara dan hak untuk berbeza pendapat, saya secara peribadi tidak menyokong penganjuran Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan diadakan di sebuah kawasan hipster kelas menengah di Kuala Lumpur dengan promosi besar-besaran.

“Apatah lagi bagi saya seorang Muslim, gandingan istilah ‘pesta’ dan ‘arak’ memberi konotasi yang negatif,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, DBKL perlu mengadakan sesi perbincangan dan penerangan sebelum mengambil sebarang tindakan kerana sikap sedemikian amat penting demi memupuk perpaduan dalam masyarakat berbilang pandangan dan kebudayaan.

Perkara ini katanya boleh diselesaikan melalui semangat saling-menghormati asalkan tiada pihak yang sengaja menyemai kebencian dan prejudis.

“Jika kita gagal mengamalkan toleransi, kita akan turut gagal memupuk perpaduan.

“Lebih malang jika pihak berkuasa tempatan yang dibiayai wang cukai rakyat pelbagai agama dan bangsa dilihat berat sebelah dan gagal menjalankan tugas mengambil kira kepentingan pelbagai pihak secara rasional dan professional,” katanya.

Bagi Sheikh Omar, dalam sebuah negara demokrasi, pandangan yang berbeza tidak wajar disekat.

“Ia perlu disantuni dengan penuh berhemah. Isu seperti ini perlu ditangani menerusi ruang diskusi yang rasional, tidak emosi dan menghormati kepercayaan serta kepelbagaian budaya di negara kita,” katanya.

Apa yang penting tambah beliau, isu ini amat tidak wajar dijadikan alat untuk menunjukkan ‘siapa lebih juara’ sebaliknya perlu dilihat dari pelbagai aspek yang memerlukan pendekatan profesional termasuk dari kacamata undang-undang tempatan dan sebagainya.

“Sebarang bentuk tindakan memanipulasi isu ini untuk menjolok sensitiviti di kalangan rakyat bagi mencapai kepentingan tertentu samada oleh individu mahupun mana-mana parti politik adalah tidak wajar sama sekali dan perlu dihentikan segera,” katanya lagi.

MMI kata kalau kita perhatikan kenyataan mamat ni maka jelas secara rasionalnya beliau tetap tidak bersetuju dengan penganjuran tersebut apatah lagi beliau mengaku promosi dan hebahan berkenaan pesta arak itu secara tidak langsung mengundang banyak perkara negatif.

So secara adilnya mamat DAP ni jelas menolak secara total apa yang dituntut oleh suku-sakatnya dari kalangan DAP dan PKR. Baca artikel berkaitan tuntutan suku-sakatnya di SINI

Namun mengamati kenyataan seterusnya MMI dapat melihat dengan liciknya kenyataan penolakan itu diusahakan untuk dilihat sebagai kenyataan yang menyebelahi pendirian DAP itu sendiri yang memperjuangkan kesamarataan.

Oleh kerana itu maka DAP seharusnya tidak menyiarkan artikel ini dan perlu segera mengambil tindakan terhadap Sheikh Omar Ali kerana tidak menyokong prinsip kesamaratan yang diperjuangkan oleh partinya sendiri.

Disini dapat kita lihat bagaimana DAP berusaha untuk mengalih tumpuan banyak pihak dalam isu pesta arak ini kepada soal demokrasi dan toleransi yang kononnya dimiliki oleh seluruh warga Malaysia.

MMI tak nafikan seluruh warga Malaysia punya hak masing-masing dan kita sentiasa mengamalkan toleransi yang sebenarnya sudah pun melebihi kapasiti yang sepatutnya.

DAP barangkali terlupa agaknya , kenapa apabila timbul isu yang menyentuh tentang kepentingan orang Islam , parti itu terus berdiam diri atau lebih dasyat lagi menyatakan penolakan mereka secara terang-terangan ?

Lihat dalam isu RUU355 , azan , tuntutan kalimah Allah dan lain-lain ?

Bukankah itu juga sebenarnya sudah pun menolak hak dan kepentingan orang-orang Melayu dan Islam ?

Apakah dengan tindakan sedemikian DAP menganggap bahawa mereka sudah cukup bertoleransi dengan kaum-kaum dan agama yang lain khususnya Islam ?

Jika kita merujuk kepada soal agama sekalipun , Ustaz Fathul Bari Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam satu kenyataannya berkata saya yakin di dalam mana-mana agama juga menolak arak dan judi. Ketika saya di Adelaide, Australia, saya melihat seorang paderi Kristian berdiri di luar bar yang menjual arak sambil memegang kertas dan menyeru kepada kaumnya dengan mengatakan “Tuhan cinta kita semua, Tuhan tidak suka kita minum arak, Tuhan tidak suka kita berzina.”

Maknanya, di dalam agama Kristian dan saya percaya di dalam mana-mana agama pun turut menganggap dan percaya bahawa arak bukanlah sesuatu yang baik. Apatah lagi kita sebagai orang Islam. rujukan 

Merujuk kepada soal DBKL yang diminta supaya mengambil pendekatan penerangan , perbincangan sebelum mengambil tindakan ianya bolehlah MMI anggap sebagai sekadar alasan bodoh kerana DAP sebagai parti peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang juga tidak menggunapakai "standard" sedemikian.

Perobohan gerai-gerai di Pulau Pinang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan tanpa sebarang perundingan dan penerangan bersama dengan penduduk atau mereka yang terlibat ! 

Apakah wujud toleransi ?

Jangan putar belit isu kerana DAP dilihat beria-ia mahu merubah plot daripada penganjuran pesta arak kepada soal melibatkan toleransi serta perpaduan !

Memalukan apabila Sheikh Omar sanggup menggadaikan maruah diri untuk mempertahankan DAP !

Ini bukan soal senjata politik tapi hal PESTA ARAK !!!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels