Followers

Wednesday 26 July 2017

MERAGUKAN Wang Rakyat Di Guna Untuk Dapat ANUGERAH ??


Kalau benar apa yang didedahkan oleh YB Adun Pulau Betong ini , maka sekali lagi kerajaan DAP Pulau Pinang bukanlah sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.Tidak perlu lagilah melaung slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus yang selama ini dijaja ke serata ceruk kampung kononnya pentadbiran merekalah yang paling bersih dalam semua pentadbir-pentadbir yang ada.

YB Farid dalam kenyataan medianya menyebut , berita yang disiarkan di muka depan akhbar Guang Ming Daily pada hari ini sangat mengejutkan ramai. Anugerah-anugerah oleh Europe Business Assembly dikatakan adalah anugerah-anugerah yang “boleh dibeli dengan wang”.

Setelah dimaklumkan mengenai artikel oleh Guang Ming Daily tersebut semalam, saya membuat carian di Internet dan saya menjumpai banyak artikel yang mendakwa Europe Business Assembly (EBA) adalah satu organisasi yang tidak kredibel dan bermatlamat mencari untung dengan “menjual anugerah-anugerah" kepada sesiapa sahaja termasuk organisasi kerajaan dan perniagaan yang sanggup membayar kepada mereka.

Carian di Internet telah menemukan saya dengan artikel terbaru berhubung Europe Business Assembly bertajuk “Ukrainian businessmen trade on reputation of Oxford University to make millions selling 'fake' honours and awards” (Rujuk : http://www.dailymail.co.uk/news/article-4724826/Ukrainian-businessmen-make-millions-selling-fake-honours.html).

Saya turut menemui artikel ini, “Bought International Awards to Show Off at Home Turf”, (Rujuk: https://www.cin.ba/en/kicenje-placenim-nagradama/) yang mendedahkan Bandaraya Belgrade memenangi anugerah ‘The Best City’ dan Datuk Bandarnya Dragan Đilas memenangi anugerah ‘The Manager of the Year’ pada Julai 2012 dalam majlis yang diadakan di Dublin, Ireland. Setahun sebelum MBPP dan Dato’ Patahiyah Ismail memenangi anugerah-anugerah yang serupa. 

Datuk Bandar Belgrade dilaporkan telah membayar hampir €11,000 wang dari kantung Majlis Bandaraya Belgrade sebagai “yuran penyertaan” dalam majlis anugerah tersebut kepada EBA.

Pada 26 Mac 2013, akhbar the Star melaporkan bahawa Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato’ Patahiyah Ismail akan menerima anugerah “Best Municipal Manager” manakala MPPP menerima “Best Municipality Award” daripada Europe Business Assembly (EBA) dalam satu majlis yang akan diadakan pada 1 dan 2 Julai 2013 di Montreux, Switzerland. 

Pada 8 Julai 2013 YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kenyataan selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majis MPPP telah dengan bangganya memaklumkan kepada umum dua anugerah daripada EBA yang telah diterima Dato’ Patahiyah dan MPPP tersebut. 

Pada 2 Julai 2014, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Yang DiPertua MPSP pada masa itu, Dato’ Maimunah Mohd Sharif turut memenangi anugerah yang dimenangi oleh MPPP dan Dato’ Patahiyah Ismail pada tahun sebelumnya daripada EBA. Maklumat mengenai penerimaan augerah dan pengiktirafan daripada EBA dipaparkan di laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai. (http://www.mpsp.gov.my/index.php/en/program-kualiti-cs/anugerah). Majlis Anugerah EBA bagi tahun 2014 telah diadakan di Stresa, Itali. Malah MPSP turut menerima Sijil pengiktirafan bagi : (1) Best Holiday Destination, (2) Best Cities dan (3) Top Medical / Travel / Hospitality Web-site.

Sehubungan dengan pendedahan yang dibuat oleh Akhbar Guang Ming Daily pada hari ini, saya mendesak dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas slogan Cekap, Akauntabel dan Telus untuk memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang samada MPPP dan MPSP turut membuat bayaran wang kepada Europe Business Assembly, sebuah organisasi yang dikatakan tidak kredibel tersebut untuk mendapatkan anugerah-anugerah ? 

Apakah wang milik rakyat Pulau Pinang telah dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut? Adalah agak menghairankan DUA Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam negeri yang sama di Malaysia boleh memenangi anugerah yang sama daripada sebuah organisasi antarabangsa di Eropah pada dua tahun berturut-turut.

Apakah dalam keghairahan untuk mencari pujian dan pengiktirafan antarabangsa dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang  Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP adalah terbaik, MPPP dan MPSP telah “membayar wang” untuk mendapatkan anugerah-anugerah dan pengiktirafan dari sebuah organisasi yang “bogus”?

Adalah amat mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekiranya benar MPPP dan MPSP telah turut membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu. Perbuatan sebegitu tidak ada bezanya dengan mereka yang "membeli ijazah yang dijual oleh universiti-universiti atas talian.

Dan MMI percaya kalau kita lihat kembali kepada perkembangan dan senario politik melibatkan pentadbiran , parti dan isu yang terarah kepada pimpinan mereka , ianya amat memalukan sekali.

Merujuk kepada kenyataan media daripada YB Datuk Muhammad Farid Bin Saad , jelas sekali sekiranya anugerah itu yang menjadi taruhan maka tindakan sedemikian wajarlah di kecam oleh seluruh warga Pulau Pinang khususnya.

Untuk apa menghabiskan WANG RAKYAT hanya untuk mengejar anugerah sedangkan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dilakukan contohnya menyelesaikan isu banjir kilat kerana ianya adalah satu keperluan rakyat Pulau Pinang ?

MMI

1 comment:

  1. Anugerah yg dibeli untuk dijadikan topeng.

    ReplyDelete

Labels