Followers

Wednesday 19 July 2017

MEMALUKAN Tun M Merapu & Gila Kuasa


Sebagai pemerhati politik MMI mengikuti rapat perkembangan politik tanahair khususnya dalam isu membabitkan Pakatan Haprak yang kini sedang berusaha untuk mencipta gelombang yang boleh dijadikan sebagai bekalan menghadapi PRU14.

Sejak perkembangan dunia teknologi yang merubah secara total corak politik di Malaysia , kita sudah menyaksikan bagaimana saluran-saluran media sosial menjadi pilihan alternatif kepada hampir seluruh rakyat untuk mengikuti perkembangan politik semasa.

Tanpa menafikan peranan media itu MMI antara dikalangan mereka yang menyaksikan bagaimana penguasaan secara penuh pihak pembangkang terhadap media sosial contohnya telah menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional menjadi mangsa kepada propaganda tanpa sempadan itu.

Itu suatu ketika dahulu , kini UMNO dan Barisan Nasional juga sudah menguasai saluran-saluran alternatif ini sehingga ada yang menganggap bahawa saluran-saluran ini bukan lagi saluran alternatif sebaliknya sudah menjadi saluran utama.

Apa jua anggapan sekalipun , MMI melihat bahawa warga Malaysia hari ini sudah mampu untuk membuat perbandingan dan menilai dengan bijak.Ianya bukan sekadar keperluan tetapi tuntutan wajib memandangkan terlalu banyak hebahan maklumat yang menyimpang daripada kebenaran termasuklah berita-berita yang dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

Begitulah juga dengan tindakan Tun Mahathir , beliau yang kita kenal dulunya sebagai seorang pemimpin yang punya ketegasan dan berprinsip akhirnya hilang ditelan kocakan politik melampau sehingga merubah kendirinya menjadi seorang politikus yang mudah dipergunakan.

Walaupun secara tersuratnya Tun Mahathir dilihat sebagai pemimpin agung yang dihormati dalam Pakatan Haprak ianya tidaklah seperti mana yang digambarkan kerana secara tersiratnya Tun Mahathir sudah hilang maruah dan kini dipergunakan sepenuhnya oleh bukan sahaja dari kalangan Melayu yang rakus sewaktu bersama UMNO tetapi juga dari kalangan DAP yang dulunya dianggap musuh politik paling utama.

Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya kenapa Tun Mahathir tiba-tiba berubah kerana mereka melihat perubahan itu bukan hanya tersasar terhadap pemilihan parti sahaja (PPBM = Pakatan Haprak) tetapi sudah sampai ke tahap berubah prinsip dan matlamat perjuangannya.

Apakah benar perubahan itu berlaku kerana isu membabitkan 1MDB dan tuduhan-tuduhan tanpa bukti yang dihebahkan ?

Rasanya tidak kerana gerakan itu turut sama menolak semua usaha dan keputusan oleh pihak yang punya kredibiliti malah pihak-pihak ini juga menjadi sasaran serangan berkepentingan agar rakyat melihat semua usaha Tun Mahathir bersama-sama sahabat gandingannya bertujuan untuk mencari PAHALA bukan DOSA.

Sebagai buktinya ....

Dalam isu Anwar Ibrahim contohnya peliwat yang sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya itu kini menjadi pilihan Tun Mahathir sendiri dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Tun Mahathir tanpa berselindung telah pun mengakui bahawa beliau akan memberikan sokongan penuh terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak berjaya merampas Putrajaya.

Apa yang perlu kita tumpukan adalah jawapan Tun Mahathir setelah diajukan soalan berkenaan pendiriannya terhadap pertuduhan terhadap Anwar meliwat yang dibuat sejak 1998.

Tun Mahathir mengakui pendiriannya terhadap isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berubah-ubah selaras dengan keperluan semasa.

“Politik penuh dengan kejutan. Dia (Anwar) pernah menang menentang saya kemudian kami bekerja bersama-sama dalam UMNO untuk beberapa tahun.

“Itu pendirian saya ketika itu dan kini keadaan sudah berubah, itu di atas tanggungjawab saya, mungkin ia berubah pada tahun depan, siapa tahu,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia menyokong Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam pilihan raya umum.

“Kalau rakyat mahu, saya bersedia mengenai perkara ini.

“Namun kedudukan saya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah setaraf dengan Datuk Seri Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya. -rujukan utusan.

Persoalannya apakah ini kaedah dan corak politik yang kita (rakyat Malaysia) mahukan ?

Prinsip dan pendirian yang sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan politik semasa seperti mana yang dilakukan oleh Tun Mahathir hari ini sebenarnya adalah penamat kepada sistem politik yang adil.

Mana mungkin seorang pesalah seperti Anwar yang diputuskan oleh sistem perundangan Malaysia sebagai bersalah kerana meliwat akhirnya boleh dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri dan kemungkinan dibebaskan dengan hanya sokongan majoriti politik seperti mana yang diamalkan oleh parti-parti politik dalam Pakatan Haprak ?

Apakah Tun Mahathir lupa bahawa yang mengadili Anwar dan menghukum peliwat itu adalah berdasarkan proses perundangan yang sah ?

Tindakan dan keputusan Tun Mahathir ini jelas menolak dan mengenepikan keputusan mahkamah seterusnya menjadikan sistem perundangan negara sebagai yang paling corot dalam dunia.

Apakah tindakan dan keputusan sebegini yang kita mahukan ?

PERCAYALAH Tun Mahathir bukan sahaja tidak adil kepada diri sendiri tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana beliau ternyata cuba untuk memanipulasi keadaan dan senario politik hari ini dengan menjadikan kepentingan dan matlamat untuk menghalalkan cara.

Merapu & Gila Kuasa !

MMI

1 comment:

  1. Bila la nak padam nyo..umur pun 90 lebih..nak tongkat langit lagi ke..hidup banyak menyusahkan rakyat..baik padam cepat cepat lah..dah meluat tenguk.

    ReplyDelete

Labels