Followers

Friday 14 July 2017

Cabar Sesama Sendiri , Relevankah Mahfuz Terus Kekal Bersama PAS ?


KELEMAHAN ! Dari awal lagi MMI dah sebut bahawa PAS perlu BERANI untuk buat keputusan tentang Mahfuz Omar kerana tindakannya sejak PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan Haprak sebenarnya mencabar integriti parti dan kredibiliti pimpinannya.

Sehingga ke hari ini Mahfuz yang dilihat lebih mesra dan selesa dengan Pakatan Haprak bukan sahaja terlibat dalam semua program bersama parti-parti dalam Pakatan Haprak tetapi juga masih lagi menjadi ahli PAS.

Apa jua keputusannya MMI melihat tindakan sebegini dengan membiarkan Mahfuz berarak ke sana kemari atas nama PAS dalam pentas-pentas Pakatan Haprak sebenarnya menunjukkan kelemahan yang amat ketara dan ianya mampu untuk mengundang sekali lagi episod berantakan dalam parti PAS seperti mana yang berlaku sebelumnya sehingga wujudnya PAN.

Mahfuz terus-terusan mengkritik dasar parti PAS seolah-olah menyokong kenyataan Mat Sabu yang sudah pun mengesahkan bahawa PAS telah lari dari landasan perjuangan mereka walaupun kita faham Mat Sabu berbuat demikian kerana kepentingan politik dan peribadinya.

Nah akibat daripada kelalaian PAS inilah akhirnya Mahfuz di cabar oleh wakil PAS sendiri.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mencabar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berdebat berkaitan isu hala tuju dan pendirian parti itu.

Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, cabaran debat itu adalah untuk memberi ruang kepada Mahfuz berhujah bahawa pucuk pimpinan PAS tersasar seperti yang dinyatakan beliau kebelakangan ini.

“Beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berselindung di bawah nada ‘masih sayang kepada PAS’ sedangkan tindakannya jelas untuk menyerang PAS.

“Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai MP PAS diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Mahfuz tidak lagi menghadiri sebarang program penerangan dan penjelasan mengenai hala tuju dan pendirian parti, sebaliknya berterusan mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

“Isu-isu yang dibangkitkan olehnya sebenarnya telahpun dijawab di dalam program-program yang dianjurkan oleh parti.

“Sikap yang ditunjukkan oleh MP Pokok Sena kelihatan sengaja dilakukan untuk menunjukkan hanya pandangan beliau yang tepat berhubung dengan senario terkini politik,” katanya.

Dr Mohd Zuhdi berkata, debat yang bakal dianjurkan itu hanya terbuka kepada pempinan dan ahli PAS sahaja ekoran isu hala tuju dan pendirian parti banyak berkaitan hal ehwal dalaman PAS.

“PPP sendiri bersedia menjadi penganjurnya. Selain daripada PPP, saya juga mengalu-alukan sekiranya agensi parti yang lain khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menganjurkan debat tersebut, sekiranya Dato Mahfuz lebih selesa dengannya.

“Debat tersebut diharapkan dapat menjernihkan kecelaruan Datuk Mahfuz, jika benar beliau bertindak sebelum ini kerana sayangkan parti.

“PPP bersedia menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam debat tersebut, dan Datuk Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika kesemua dakwaan beliau sudah terjawab,” katanya.

MMI kata inilah kesannya bila terlalu berlembut , Mahfuz terang-terangan pincang dan lari dari dasar PAS itu sendiri.

Persoalannya kenapa masih kekalkan Mahfuz sebagai ahli ?????

Dan MMI percaya berdebatlah macam mana sekalipun Mahfuz akan kekal Mahfuz dan akan terus CELUPAR di pentas-pentas milik PAN , PKR dan DAP !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels