Followers

Friday 30 June 2017

Peluk Islam Jika Mahu Kekal Kendali Kantin Di Politeknik ??


Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang , P Ramasamy yang cuba membangkitkan isu perkauman dan agama dalam hal membabitkan seorang pengusaha kantin berbangsa India di Politeknik Seberang Perai , Pulau Pinang jelas memperlihatkan sikap "double standard" pemimpin tersebut.

Selain daripada itu kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ramasamy dalam menangani isu berbangkit dilihat lebih kepada soal politik dan bukannya berusaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Sebagai seorang pemimpin antara yang tertinggi di Pulau Pinang , Ramasamy seharusnya lebih profesional mendepani isu seumpama ini sekiranya benar dasar kerajaan DAP Pulau Pinang merujuk kepada soal perpaduan yang sering diwar-warkan oleh barisan pembangkang yang kini mentadbir negeri Pulau Pinang.

Ramasamy ternyata gagal bertindak sebagai seorang pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah dan tidak rasional apabila secara sembrono menyokong seorang pengendali sebuah gerai makanan berbangsa India di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang yang mendakwa dia diminta memeluk Islam jika mahu meneruskan perniagaan.

Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa ketua pentadbiran PSP, yang kini sudah bersara, mengarahkan beliau bersama isterinya, Khor Hong Geik, untuk menerima Islam.

Sedangkan perkara yang dibangkitkan oleh peniaga terbabit hanyalah berdasarkan kepada kandungan mesej Whatsapp yang ketulenannya boleh dipertikaikan.

Selain daripada itu tindakan Ramasamy yang menyerang Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan yang disiarkan oleh portal pro pembangkang juga dilihat sebagai satu tindakan terburu-buru tanpa sebarang siasatan secara terperinci.

Malah tindakan tersebut dilihat sebagai cubaan berjemaah untuk mengapi-apikan isu perkauman yang sudah pasti boleh mewujudkan ketegangan selain mampu mencetuskan pergaduhan antara kaum.

Kamalanathan dalam kenyataan sebelum ini menafikan dakwaan kontraktor makanan India itu diberi notis atas sebab perkauman tetapi kerana “isu pentadbiran”.

Sebaliknya Ramasamy dengan sokongan media pro pembangkang terus melakukan provokasi terhadap isu tersebut apabila membuat tuduhan Timbalan Menteri Pendidikan itu cuba untuk menutup isu terbabit.

“Selalunya, sukar untuk pastikan Kamalanathan menyebelahi siapa. Adakah beliau wakil rakyat India atau mewakili pihak pengurusan institusi pendidikan? 

“Tidak diketahui sama ada beliau faham pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India. 

“Hinggakan beliau menjadi ‘tukang angguk’ untuk mereka yang berkuasa daripada seseorang yang benar-benar berminat memperjuangkan kepentingan orang India yang miskin dan tertindas,” kata Ramasamy.


Sesuatu yang pasti Ramasamy langsung tidak merujuk kepada pihak pengurusan PSP atau paling tidak mengatur satu pertemuan bagi mendapatkan gambaran sebenar perkara yang berlaku.Sebaliknya lebih terarah untuk menyalahkan pihak terlibat selain berusaha untuk membangkitkan sentimen perkauman.

Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang seharusnya malu dan belajar dengan tindakan yang diambil oleh Pemuda MIC Pulau Pinang , M Pirakash apabila mendepani isu ini dengan lebih profesional.

Ketua Pemuda MIC itu bersama-sama dengan Bendahari MIC negeri, M Shanmugam dan Setiausaha Eksekutif parti negeri, L Muneshwara dalam respon mereka terhadap isu berbangkit telah pun mengatur pertemuan dan berjumpa sendiri dengan pihak pengurusan PSP bagi mendapatkan gambaran sebenar perkara yang berlaku.

Hasil pertemuan tersebut , Pirakash dalam kenyataannya berkata pihak pengurusan PSP menafikan memberi saranan kepada bekas pengendali kantin berbangsa India itu untuk memeluk agama Islam bagi meneruskan operasi seterusnya menafikan dakwaan yang dibuat oleh pengendali kantin tersebut, Gopi Krishnan Gopal.

Pirakash juga menafikan Gopi Krishnan terpaksa menghentikan operasi di PSP kerana diskriminasi kaum sambil mengulangi kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan bahawa kontrak itu ditamatkan atas alasan pentadbiran.

Kenyataan media Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang ;
Good day dear MIC Youth members,
The Penang State MIC Youth Leader, Mr. M. Pirakash, Penang State MIC Youth Treasurer, Mr. M. Shanmugam and Penang State MIC Youth Executive Secretary, Mr. L. Muneshwaran today went to Politeknik Seberang Perai to meet the Director, Tuan Hj. Zulkifli Bin Ariffin.
We prompted on the ongoing issue and he then explained that either himself or neither his management has uttered any statement of converting into Islam for the food contract to the affected relevant parties.
The Indian canteen operator has been advised 10 months back to get her HALAL certification but even after 10 months, the Indian canteen operator still failed to obtain her HALAL certificate.
We were also been informed that the contact has to be renewed since it is expiring on 30 June 2017. Furthermore, the HALAL certification is requested in accordance to the Ministry of Education's need. This is not only imposed to the concerned party but also to other 12 canteen operators in the polytechnic.
The Director is always willing to sit and listen to towards solving this issue in a amicable way which will result in positive way. He have also agreed to help the concerned Indian canteen operator in obtaining the HALAL certification.
We are now much concerned on the issue that seems to be much highlighted politically by the Penang State Government led by DCM II, Dr. P. Ramasamy. Our question is very simple here, why has not Dr. P. Ramasamy taken the effort to visit the Director to find out more about this issue rather than making it as his political weapon on always attacking the Federal Government? Could it be just that the affected party, Mr. Gobi is his staunch supporter and a JKKK committee in his constituency?
Let's all not jump into any conclusion of this issue and find out more on what has transpired and taken place. We truly understand our feelings towards our fellow Indian brother who is affected in this issue but let not the unwanted parties to take advantage out of this issue to make it as a racial issue.
Thank you.
Penang State MIC Youth

MMI yakin dan percaya bahawa isu ini sebenarnya sudah pun selesai dan apa yang sedang berlaku itu adalah tindakan terdesak pihak-pihak DANGKAL yang punya kepentingan politik dalam mencari publisiti murahan dengan menjadikan isu perkauman sebagai agenda mereka.

Sudah-sudahlah Ramasamy , tak timbul soal diskriminasi kaum atau agenda keagamaan disini memandangkan sejak penubuhan PSP sehingga ke hari ini kuota pelajar untuk bukan bumiputera sudah pun dibuka dan sejak daripada itu pengusaha kantin dari kalangan bangsa India juga pernah terlibat cumanya Ramasamy dan portal pro pembangkang kena belajar dan faham sikit tentang PERATURAN.

Sebagai pihak pengurusan PSP , sudah tentulah mereka mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan ianya adalah perkara biasa yang akan berlaku dari semasa ke semasa.

Malahan peraturan-peraturan ini sudah pasti akan di tambah nilai bagi menjamin bukan sahaja keteguhan institusi pengajian seperti PSP tetapi juga dalam soal kebersihan kerana sudah pasti yang menjadi keutamaan PSP adalah para pelajarnya.

Ramasamy sewajarnya membawa perkara ini untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan PSP dengan cara yang lebih profesional dan mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian kerana MMI dimaklumkan pihak PSP terbuka untuk mendengar sebarang permasalahan yang wujud.

Tak perlulah bangkitkan soal agama dan perkauman melampau semacam ni , malulah sikit , kita tu wakil kerajaan negeri Pulau Pinang kot !

Psst bila isu membabitkan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang tak pula Ramasamy ni bersuara , bukan perkauman ka tu ??

MMI

1 comment:

  1. Bagi lagi peluang ke keling ni bercakap..kerajaan pun takut sangat dgn keling ni..apahal

    ReplyDelete

Labels