Followers

Wednesday 31 May 2017

Tender Terbuka , Tak Faham Atau Buat-Buat Tak Faham ??


Kalau tak putar belit , menipu dan buat-buat bodoh bukan nama DAP lah dan kerana kelebihan itu jugalah maka puak-puak pembangkang dalam PKR , PAN dan PPBM terkinja-kinja nak berkiblatkan DAP.

Sanggup jadi BARUA asalkan keinginan yang meluap-luap untuk pancung dan jatuhkan kerajaan sedia ada berjaya di lakukan.Sebenarnya mereka dah buat banyak kali dan bermacam cara dan kaedah dilakukan sampai ke tahap turun ke jalan dengan impian untuk melihat berlakunya rampasan kuasa seperti mana yang berlaku di negara-negara lain.

Namun hakikatnya warga Malaysia walaupun disumbat dengan fitnah dan pembohongan , mereka masih lagi punya nilai yang akhirnya akan kembali merujuk kepada fakta dan mencari kebenaran yang sebenar.

Kerana itulah akhirnya kata-kata dusta penyedap halwa telinga Guan Eng dan konco-konconya terbongkar dan antara yang terkini adalah isu membabitkan penjualan tanah tanpa melalui tender terbuka.

Isu penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Lebuh Peel terus mendapat perhatian banyak pihak memandangkan proses penjualan tanpa melalui tender terbuka itu dilihat sebagai bukti bahawa kerajaan negeri selama ini menipu rakyat.

Walaupun kerajaan negeri telah memberikan alasan bahawa penjualan tanah terbabit dibuat tanpa melalui tender terbuka disebabkan oleh projek berimpak tinggi , ramai dari kalangan warga Pulau Pinang khususnya tertanya-tanya kenapa ianya tidak dimaklumkan sewaktu isu tender terbuka diwar-warkan sebagai amalan dan dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kenapa kerajaan negeri dilihat seolah-olah cuba mengaburi mata rakyat dengan menyembunyikan keputusan untuk membenarkan penjualan tanah yang berimpak tinggi dilakukan tanpa melalui tender terbuka dan hanya memaklumkan situasi tanah di Lebuh Peel setelah ianya didedahkan ?

Malah wakil-wakil BN turut membangkitkan persoalan ini dan jelas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang jelas meragukan sehingga menimbulkan persoalan apakah ianya punya agenda tertentu atau sengaja dilakukan sedemikian rupa ?



Guan Eng mungkin tertanya-tanya kenapa perlunya pertikaian ini berlaku memandangkan ianya hanya melibatkan 1% daripada keseluruhan projek yang melalui tender terbuka yang diperkatakan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Yang Guan Eng tak faham atau buat-buat tak faham adalah pertikaian itu melibatkan integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang selain janji yang diwar-warkan sebelum ini untuk mengamalkan tender terbuka bagi semua projek di Pulau Pinang ?

Sebab itulah wakil-wakil BN semasa Sidang Dewan baru-baru ini dengan jelas mengatakan bahawa CAT sebenarnya sudah mati di Pulau Pinang !!! Baca selanjutnya di Penang Online 

Pada MMI dalam kita mendepani musuh yang sebegini kita juga harus banyak bersabar sebab masih ada lagi dikalangan kita yang terus menyembah DAP walaupun jauh di hati kecil mereka sedar bahawa DAP sebenarnya banyak berbohong.

HIPOKRIT !

MMI

2 comments:

  1. Tender terbuka ialah tander yang ditawarkan pada kontraktor yang layak dan memenuhi syarat sepertimana yang diwartakan ... ada tarikh rasmi dibuka ..ditutup dan dibantah
    begitu juga dengan tender pembekalan peralatan untuk sukan SEA KL .. tunggu dan lihat siapa yg sakau 15 tender "terbuka" ini...

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu...Dap cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete

Labels