Followers

Wednesday 24 May 2017

Kerajaan DAP Campur Tangan Isu Fatwa Di Pulau Pinang ?


Enakmen pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa. 

Tidak ada satu pun peruntukan di dalam enakmen tersebut membolehkan fatwa yang telah diluluskan untuk dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong! 

Ini adalah asas atas dasar Mufti mempunyai kebebasan penuh untuk membawa fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam warta. Setelah diperkenankan maka fatwa tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan diwartakan. 

Oleh sebab itu surat edaran oleh Exco Agama pada 26 Mei 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa tentang perkara itu adalah salah satu usaha campur tangan dalam hal ehwal agama yang tidak seharusnya dibuat dan perlu ditarik balik. 

'Kenyataan Datuk Seri Hassan Ahmad berkata tegurannya itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ketika masih dalam perkhidmatan teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Agong. 

Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.' 

Kenyataan diatas adalah sebahagian daripada perkara yang dibangkitkan oleh YB Datuk Jahara Hamid dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ini. Rujukan


Isunya apakah status 4 fatwa negeri yang telah diluluskan tetapi belum diwartakan ?

Dato Mufti Pulau Pinang pada April 2017 yang lalu telah menyatakan bahawa kesemua fatwa yang sudah diluluskan dalam proses untuk diwartakan. 

Soalnya berapakah lamakah masa yang diambil untuk proses tersebut ?

Siapakah yang menentukan tempoh masa tersebut ?

Kerajaan DAP Pulau Pinang ??

Sedangkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa adalah dibawah bidang kuasa enakmen ini langsung tidak melibatkan mana-mana pihak waima kerajaan negeri sekalipun ?

Lebih malang kepada kita , apa guna ada Melayu yang mengaku Islam dalam kerajaan DAP Pulau Pinang macam Malik Kasim dan Salleh Man ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels