Followers

Friday 7 April 2017

PPBM Melayu MACAI DAP Yang Khianat Sesama MELAYU !!!!


Petang semalam sekumpulan puak-puak MACAI DAP hadir dan berkumpul di Komplek Komersial Tasek Gelugor bagi menyambut kehadiran wakil-wakil DAP dari Pulau Pinang.Antara wakil DAP yang hadir adalah Adun Sungai Pinang yang sebelum ini terpalit dengan isu rasuah membabitkan bapanya sendiri , boleh baca di SINI

Antara yang menyambut kehadiran puak-puak DAP ini adalah wakil-wakil Melayu daripada PPBM , PKR dan PAN.

Kumpulan itu kemudiannya membuat demo dengan melaungkan slogan supaya YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor supaya di pecat.Tindakan yang disusuli dengan ucapan oleh wakil DAP menggunakan pembesar suara itu berlangsung selama hampir 45 minit.

Rata-rata penduduk Tasek Gelugor yang kebetulan berada di kawasan terbabit langsung tidak mengendahkan demo terbabit malah bertindak menjauhi kawasan tersebut.

Apa jua yang berlaku petang semalam ianya disebabkan oleh kedangkalan puak-puak terlibat yang sengaja tidak mahu memahami isu melibatkan perbahasan YB Datuk Shabudin tentang RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat baru-baru ini yang diputar belit pihak media.


Berbalik kepada demo di Komplek Komersial Tasek Gelugor petang semalam , ada sesuatu yang MMI lihat berlaku dan ianya jelas memperlihatkan betapa teruknya puak-puak Melayu yang bersekongkol dengan DAP.

Apabila DAP berdemo di Tasek Gelugor dan melalak supaya YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor di pecat , kehadiran puak-puak Melayu PPBM Tasek Gelugor yang menikus sepanjang demo tersebut berlangsung benar-benar menarik perhatian MMI.

Malah segelintir puak-puak PPBM yang hadir dan menjadi penyambut puak DAP itu kemudiannya dilaporkan meninggalkan kawasan dan membiarkan puak-puak DAP menguasai demo.

Isunya apakah puak-puak DAP yang melalak semalam itu faham tentang Islam ?

Apakah sejarah DAP terhadap orang Melayu dan Islam di Malaysia ?

Rasanya hanya puak pembangkang dengan Tun Mahathir sahaja yang kata DAP ni bela orang Melayu dan Islam selebihnya HAPRAK malah ideologi DAP sudah pun digunapakai oleh sebahagian besar pimpinan pembangkang dan buktinya lihat bagaimana karenah mereka menolak RUU355 !

Malah jurucakap puak-puak demo petang semalam cukup jelas memperlihatkan betapa dangkalnya mereka melontarkan kata-kata dan persoalan yang sebenarnya sudah pun diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh YB Datuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor sama ada di Dewan Rakyat mahupun di saluran media massa dan media sosial.

Puak-puak ni tak mau ambil tau dan lebih terarah kepada adu domba media pro pembangkang selain cakap-cakap spin puak-puak pembangkang.

Dan lebih teruk lagi PPBM parti yang ditubuhkan kononnya atas dasar membela rakyat dan hampir 100% pimpinannya terdiri daripada orang Melayu yang mengaku Islam boleh pula memberikan laluan kepada pemimpin cauvinis DAP untuk bercakap tentang isu membabitkan orang Islam !

Mana pi puak-puak PPBM petang semalam ????

Inilah bukti betapa kehadiran PPBM sebenarnya hanyalah sekadar PENCACAI DAP sanggup mengkhianati bukan sahaja sesama Melayu tetapi juga Islam !

Tak ada akai ka ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels