Followers

Friday 24 March 2017

Sindiran Terhadap PAS Tunjuk Sifat Sebenar Azmin


Disaat berlakunya pergolakan sesama parti dalam Pakatan Harapan disebabkan status PAS yang tidak lagi mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PAN hanya Azmin Ali sahaja yang dilihat berusaha untuk menjernihkan suasana.

Tindakan Azmin walaupun dilihat lebih kepada mencari keuntungan politik khusus bagi negeri Selangor , ianya bolehlah diibaratkan sebagai usaha untuk memujuk PAS agar memikirkan kembali pendirian mereka supaya terus menyokong Pakatan Harapan.

Tindak-tanduk ini boleh dilihat melalui kenyataan Azmin sebelum ini apabila Naib Presiden PKR itu mahu Pakatan Harapan terus memperkukuhkan hubungan dengan PAS bagi meneruskan 'agenda reformasi'.

Katanya dalam politik, setiap pemimpin perlu berbincang dengan berhemah ketika menghadapi masalah.

"Kita hormati dan iktiraf parti-parti politik progresif dan pegang agenda reformasi.

"Hubungan dengan PAS dalam Pakatan Harapan akan terus diperkukuhkan," 

Malah dalam isu PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru di Pulau Pinang pun Azmin masih lagi dilihat berusaha untuk memperbaiki hubungan.

Katanya, beliau menganggap hubungan dengan PAS berjalan seperti biasa walaupun PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan parti itu.

“Kita akan bincang. Misi satu lawan satu kita masih sama, teruskan perbincangan dan tengok apa yang berlaku pada muktamar nanti.

“Kita tidak pernah putuskan hubungan dengan mana-mana pihak. Jadi, itu kita serahkan kepada kebijaksanaan PAS untuk menentukannya.

“Bagi pihak KEADILAN, kita mahu semua parti yang progresif, ingin lakukan perubahan bersama-sama. Pendirian kita tidak berubah,” katanya kepada media sebelum ini.

Soalnya sejauh mana Azmin benar-benar ikhlas untuk terus memperbaiki hubungan tersebut ?

Adakah ianya hanya untuk kepentingan politik PKR semata-mata ?

Hakikatnya PAS cuba diperbodohkan oleh Azmin manakala Azmin pula lebih bodoh kerana tidak bijak mengawal emosinya dan kerana itu akhirnya Azmin tampil mengherdik PAS !


Tindakan itu kemudiannya mendapat respon daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (Pemuda Subang) apabila mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Menteri Besar Selangor itu.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (Pemuda Subang) mengecam tindakan YB Azmin Ali (PKR) yang mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kekalahan YB Ustaz Nik Muhammad Abduh dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa sebagai indikator kepada kemampuan jentera PAS untuk menawan negeri Selangor seluruhnya pada Pilihanraya ke 14 (PRU14) nanti.
Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan meyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja Pilihanraya.
Pemuda Subang ingin mengingatkan kembali kepada YB Azmin bahawasanya keberadaan YB Azmin di kerusi Menteri Besar Selangor adalah hasil daripada ihsan PAS, bukan daripada parti YB sendiri dan kemenangan YB Azmin di Parlimen Gombak juga adalah hasil daripada kekuatan gerak kerja daripada jentera-jentera PAS yang ramai dan sanggup bekerja atas arahan pimpinan.
YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi. Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun.
Justeru, Pemuda Subang ingin menyeru kepada semua perwakilan PAS di Muktamar Kawasan masing-masing agar usul memutuskan hubungan politik antara PAS dan PKR mendapat sokongan seluruh perwakilan yang ada.
Di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, kami dengan segala kekuatan jentera yang ada bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang, Kota damansara, dan Paya Jaras pada PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang sekali lagi bertegas akan terus konsisten meyambut seruan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Nik Muhammad Abduh untuk menawan Selangor sekaligus menunjukkan pintu keluar kepada YB Azmin Ali daripada pejabat Menteri Besar dan menyingkirkan YB Azmin Ali daripada kerusi Parlimen Gombak.
Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang
Well MMI tak perlu ulas panjang-panjang sebab apa jua tindakan PAS selepas ini rasanya mereka dah kenal dengan Ex-Sekutu ni.

Azmin dah tunjuk sifat sebenarnya so terpulanglah kepada PAS nak corak gerakan selepas ini.

Yang penting puak-puak sekutu DAP memang tak boleh harap puak-puak ni hanya walak pada DAP !


MMI

1 comment:

  1. bukan takat sindir..caci maki bagai dah kena...berani ke pas nk putuskan hubungan dengan selangor..renti ler...

    ReplyDelete

Labels