Followers

Thursday 25 August 2016

Benarkah Pengundi Luar Bandar Memilih BERSATU ?


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa tanahair sudah tentulah faham betapa landskap politik negara sebenarnya berbeza-beza mengikut satu-satu kawasan.Perbezaan ini sebenarnya merujuk kepada penerimaan , tafsiran dan bagaimana masyarakat di satu-satu kawasan itu melihat dan menterjemahkan politik dalam kehidupan seharian.

Berlaku perbezaan yang cukup ketara diantara penduduk yang tinggal di bandar dan di luar bandar malahan rata-rata mereka yang tinggal di luar bandar lebih terarah memberikan kepercayaan serta sokongan terhadap parti UMNO dan hakikat ini turut diperakui oleh Tun Mahathir sendiri.

Tun M yang kini bersama-sama dengan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dilihat menjadikan sentimen perkauman yang kononnya diamalkan oleh UMNO sebagai modal terbaru dalam gerak sarafnya.

Dengan melabelkan UMNO sebagai parti perkauman , Tun M secara tidak langsung sebenarnya sudah pun mengakui bahawa penduduk di luar bandar menolak parti-parti lain.

“Orang bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi percaya politik perkauman tidak sesuai untuk masa ini. Tetapi di kawasan lain ia adalah berbeza.

“Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya miskin, bangsa bukan sahaja penting tetapi mereka percaya ia adalah perlu untuk kesejahteraan mereka. Umno popular kerana ia adalah parti perkauman,” kata beliau dalam tulisannya.

Apakah kenyataan ini benar atau ianya diubah sedikit agar sesuai dengan corak dan gerak kerja Tun M bersama-sama dengan kumpulan terbarunya ?

Hakikatnya kita perlu memahami corak dan budaya masyarakat di satu-satu kawasan dan apa jua bentuk sokongan dan penolakan terhadap mana-mana parti sekalipun ia bukanlah disebabkan oleh populariti mahupun dasar-dasar seperti mana yang disebut oleh Tun M sebagai perkauman.

Jika berbicara soal populariti rasanya populariti Tun M juga bukanlah calang-calang dan sudah tentulah kehadiran BERSATU yang dipengerusikan oleh bekas PM ini akan meranapkan sama sekali parti UMNO tetapi ianya tidak berlaku.

Begitu juga dengan dasar perkauman , kehadiran UMNO bersama-sama dengan Barisan Nasional dan berpegang kepada keyakinan serta kepercayaan perpaduan sesama kaum itu WAJAR dipelihara dengan meletakkan Perlembagaan Negara sebagai asas utama ,  rasanya tuduhan Tun M itu terlalu jauh meleset.

Realitinya UMNO dan kerajaan Barisan Nasional selama ini dan sehingga kini sentiasa mendekati rakyat di mana-mana peringkat sekalipun.Gerak kerja yang menjadi amalan turun temurun ini telah di praktikkan sejak zaman Merdeka sehinggalah hari ini.

Pelbagai bentuk bantuan dan program-program subsidi selain daripada dasar-dasar melibatkan agensi di bawah kerajaan persekutuan telah diperkenalkan dan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa dan ini melibatkan semua rakyat tanpa mengambil kira kedudukan mereka sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Walaupun ada ketikanya timbul isu-isu yang membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat contohnya perlaksaan GST namun ianya sedikit demi sedikit berjaya diselesaikan.Sebahagian besar rakyat kini mula memahami konsep percukaian GST yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Tidak timbul isu perkauman sebenarnya dan Tun Mahathir sewajarnya berasa malu dengan diri sendiri kerana kumpulan pembangkang yang kini menjadi sandarannya jauh lebih ekstrem perkaumannya dan ini dapat dilihat melalui tindak-tanduk pemimpin DAP sendiri.

Antara contoh - tindakan seorang pemimpin politik DAP , Jeff Ooi yang telah mengutuskan sepucuk surat kepada pihak berkuasa dan menggesa supaya tidak meluluskan permohonan pihak terbabit hanya kerana mereka dikatakan penyokong UMNO !

Tidak dilupakan juga sikap rasis dan biadap yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP , Roonie Liu terhadap isu melibatkan atlet olimpik negara yang cuba di manipulasinya ke arah perkauman.

Semua ini adalah sebahagain kecil daripada tindakan-tindakan puak-puak cauvinis DAP dan peliknya Tun M lebih sibuk membuat tuduhan berbau politik terhadap UMNO bukannya terhadap pihak yang sebenarnya perkauman ?

Kenapa ?

Tun M tahu dan sedar dalam keadaan dan situasi sesukar ini sekalipun , UMNO akan terus mendapat sokongan majoriti rakyat di Malaysia.

Beliau tahu bahawa semua gerak kerja UMNO itu lebih terarah kepada menjaga hal berkaitan rakyat dan dasar-dasar kerajaan tanpa mendiskriminasikan mana-mana kaum menjadi nadi utama kepada kejayaan berterusan dan formula inilah yang menyebabkan rakyat terus mempercayai UMNO dan Barisan Nasional.

Apa yang sedang diusahakan oleh Tun M dan kumpulannya masih RETORIK !

Caca marba yang sedang berlaku dalam kem pembangkang jelas menjadi bukti malahan mereka tidak bekerja untuk keperluan rakyat sebaliknya BERPOLITIK untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan menjadikan slogan mengambalikan demokrasi untuk rakyat sebagai UMPAN !

Terimalah hakikat kehadiran Tun M dan BERSATU bukannya untuk RAKYAT !

MMI

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Betulah bn umno rasuah dan songlap duit rakyat?

    Keris

    ReplyDelete

Labels