Followers

Monday 22 August 2016

Benarkah Malaysia Negara RASUAH ??


Dalam artikel sebelum ini MMI dah janjikan akan kongsikan dengan semua berkenaan isu rasuah !

Isunya apabila masih ada pihak-pihak diluar sana lebih suka menuding jari kepada pihak lain kononnya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan UMNO itu adalah sebuah kerajaan yang cukup korup dan mengamalkan rasuah.

Kehadiran Tun Mahathir sejak bersama-sama dengan kem pembangkang dan menjadi pencetus kepada gerakana haram yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dilihat asyik dengan agenda memburuk-burukkan Malaysia kononnya negara kita ini adalah pengamal rasuah dan semua perkara yang melibatkan kerajaan BN sahajalah yang terarah kepada wujudnya amalan rasuah.

Dan pihak yang bersama-sama dengan gerakan haram mahu menumbangkang Perdana Menteri Malaysia itu terdiri daripada mereka-mereka yang maksum-maksum belaka ?

Sejauh mana tuduhan ini benar ?

Mengapa Tun Dr Mahathir Mohammad mengulang-ulang, bahawa negara ini merupakan negara rasuah?. Apakah semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, atau pihak berkuasa, tiada seorang pun yang mengamalkan pegangan agama? sehingga semuanya bersengkokol mengamalkan rasuah? Siapa yang rasuah? siapa yang memberi rasuah? 

Dengan mendakwa negara merupakan negara rasuah ertinya semua peraturan tidak boleh berjalan tanpa melibatkan wang pelicin atau wang rasuah. Takkan seramai 20 juta rakyat negara ini tiada 10 peratus atau 5 peratus pun yang membuat laporan berkaitan rasuah ? Khususnya yang menjadi mangsa mengapa hanya kumpulan Tun Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja yang kenal dan mengerti soal-soal rasuah ?

Apakah bantuan kerajaan berbentuk tunai kepada rakyat memerlukan melalui BR1M itu rasuah? Sedangkan pemberian itu diberikan secara terang-terangan dan diberikan pada setiap orang yang layak termasuk penyokong tegar pembangkang. Kalaulah BR1M itu rasuah untuk membeli undi , mengapa BN pada PRU-13 tidak mendapat undi popular ? Ertinya dakwaan BR1M itu satu bentuk rasuah untuk mendapatkan imbuhan telah ditolak ketepi.

Tun Dr Mahathir perlu bertanya diri sendiri, apakah sesebuah parti tidak memerlukan kewangan untuk menguruskan jentera? Adalah sesuatu yang tidak mungkin , sesebuah parti boleh berjalan tanpa kewangan. Mungkin kesilapan DS Najib Razak kerana membenarkan namanya digunakan menerima dana untuk parti. Najib mengambil risko besar kerana menggunakan nama beliau namun satu kejujuran perlu dibayar mahal. Akibat kejujuran , maka beliau menjadi sasaran serangan , namun kerana kejujuran juga segenap lapisan berdiri teguh dibelakang beliau kecuali mereka yang mahu beliau berundur.

Tun Musa Hitam mengakui melalui bukunya “Frankly Speaking” dalam parti Umno Najib tidak bakal dikalahkan kerana majoriti jajaran Umno berpihak kepada beliau. Bayangkan 3.4juta ahli , tolak ya katakan 50 ribu yang menolak Presiden , maka masih berbaki 3.35juta. Mengapa majoriti ahli parti mempertahankan Presidennya? Sebabnya Presiden parti jujur melaksanakan tugas. Presiden teguh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Sejak tahun 2009 selepas sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri , pertumbuhan ekonomi negara menjadi positif walaupun berdepan dengan fenomena ekonomi global yang tidak menentuk termasuk penurunan harga mentah dunia daripada USD100 setong ke paras USD40. Penurunan itu menyebabkan negara kehilangan sehingga RM30bilion setahun daripada hasil minyak. Pun demikian, bajet tahunan negara sentiasa meningkat , kadar pertumbuhan ekonomi berlegar-legar di atas 4 peratus berbanding tahun 2009 negatif 7.4%.

Kalau negara merupakan negara rasuah , mengapa FDI mengalir masuk? Mengapa perdagangan negara meningkat ? Mengapa berjuta rakyat asing datang melancong? 

Kalau GST dikambingkan hitamkan sebagai asas peningkatan harga barang , sebenarnya dakwaan itu bersifat relatif kerana tanda-tanda negara menuju negara maju adalah melalui harga barangan dalam negara. Apabila harga barangan yang terasa mahal namun masih juga ada pembeli maka ianya menunjukkan daya beli rakyat meningkat. Apabila daya beli meningkat ertinya pendapatan juga telah meningkat. Tidak perlu memberi tahu Tun bahawa harga kopi secangkir di Jepun sama bernilai RM20 sedangkan kopi yang sama di Malaysia hanya RM1.20.

Kalau dilihat , GST bukanlah asas utama kenaikan harga barangan khususnya barangan ruji , atas sebab semua barangan keperluan ruji bebas GST termasuk minyak masak dan gas memasak. 

Sebenarnya tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir bukannya dialamatkan kepada mereka yang tahu berkenaan dengan ekonomi akan tetapi tujuan tulisan beliau ditujukan kepada rakyat yang kurang tahu khususnya di kampung-kampung. Sepatutnya tulisan-tulisan yang bertujuan mengelirukan tidak seharusnya daripada mantan Perdana Menteri. kredit sumber 

Bagi MMI mudah , yang mengamalkan rasuah itu adalah individu dan masing-masing punya agenda tersendiri.Salah tetap salah dan benar tetap benar cumanya kita tidak harus mencampuri urusan emosi dengan politik.

Jika kedua-duanya diadun bersama maka MMI bimbang apa yang bakal terhasil itu adalah FITNAH dan ADU DOMBA yang boleh merosakkan apa yang telah kita pertahankan selama lebih dari 70 tahun lamanya.

Atas alasan itu maka MMI lebih terarah dan menyokong usaha serta tindakan menangani masalah rasuah dan rasional dalam membuat tuduhan kerana silap percaturan kita akan memusnahkan bukan sahaja negara tetapi juga memperjudikan seluruh nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan , bangsa dan agama.

MMI

1 comment:

  1. Kalau bn tak rasuah bila nak kaya?
    Tengokla tu zul dah selongkar?
    Mmi ni penjilat pok jib
    Pemakan dedak
    KERIS

    ReplyDelete

Labels