Followers

Sunday 24 April 2016

Pembangkang TEWAS Fasa Pertama #PRNSarawak


Kalau kita amati fasa pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2016 , jelas kelihatan bagaimana kekalutan yang kini sedang berlaku dalam pembangkang telah menyebabkan mereka kucar kacir.Kekalutan yang dilihat berpunca daripada sikap ego pimpinan parti yang bersama cukup memualkan apatah lagi kali ini kelibat Mat Sabu bersama PAN atau lebih mudah diertikan sebagai parti yang punya bau-bau macang dengan DAP itu membuat kemunculan pertama dalam edisi pilihan raya negara.

Malah kalau melihat daripada gambar diatas 3 pemimpin parti utama yang bersama pembangkang  itu bolehlah kita simpulkan sebagai gimik semata-mata.Yang lebih jelas dan mahu dipertontonkan kepada umum adalah betapa tingginya kedudukan Lim Guan Eng dibandingkan dengan pemimpin yang mengaku Melayu.

Wan Azizah dan Mat Sabu langsung tak ubah semacam gurkha kepada anak kesayangan Lim Kit Siang dan apa yang dipertontonkan itu membuktikan bahawa PKR dan PAN sebenarnya sudah tidak punya apa-apa melainkan menjadi parasit menyerang minda warga Malaysia supaya doktrin untuk menjejaskan kredibiliti serta integriti kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO berjaya.

Malahan jika mereka diberikan kelebihan seumpama watak hero khayalan yang punya kuasa sudah pasti apa jua kebaikan untuk rakyat , kemajuan negara yang selama ini di pacu oleh kerajaan Barisan Nasional akan di buang dari kotak pemikiran seluruh rakyat Malaysia kerana bagi mereka yang lebih penting adalah KUASA.

Inilah yang harus diberikan perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Sarawak yang bakal membuat keputusan pada 7 Mei 2016 nanti.Keputusan untuk memberikan mandat pentadbir itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat secara sambil lewa kerana ia bakal menjadi penanda aras kepada perkembangan Sarawak dalam konteks politik , ekonomi , sosial selepas ini.

Silap percaturan maka warga Sarawaklah yang bakal menerima kesannya dan pada pandangan MMI , belajarlah dari kesilapan yang telah dilakukan oleh sebahagian besar warga Pulau Pinang apabila membuat keputusan untuk menyerahkan kuasa pentadbir kepada pembangkang walaupun hakikatnya pentadbir itu bukan pembangkang hanya parti DAP yang dimonopoli oleh dinasti LIM !

Beringatlah wahai warga Sarawak , jangan sesekali lupa bagaimana sikap suka berselindung pemimpin DAP di Pulau Pinang disebalik slogan-slogan mesra rakyat mereka itu sebenarnya hanyalah satu lakonan sedang hakikatnya mereka begitu bernafsu untuk mengaut keuntungan peribadi.

Lihat sahaja pendedahan yang kini menjadi mimpi ngeri buat Lim Guan Eng dalam skandal pembelian banglo tanpa swimming pool dan campur tangan jelas kerajaan DAP Pulau Pinang ke atas penjualan tanah Taman Manggis. Baca seterusnya Guan Eng Perlu Selesaikan P.Pinang Sebelum Bicara Tentang #PRNSarawak

PKR dan PAN rasanya tak perlulah MMI hurai panjang lebar , kedua-duanya sudah tidak lagi punya fokus dan kehadiran mereka dalam dunia politik Malaysia hari ini sekadar memenuhi kehendak politik.Tidak ada apa yang istimewanya tentang kedua-dua parti ini malah kewujudan mereka semata-mata kerana faktor skandal dan perpecahan yang dilihat lebih terarah kepada perjuangan kendiri dan keinginan untuk berjawatan dan kuasa.

Sesuatu yang pasti perebutan kerusi antara PKR dan DAP masih lagi menyesakkan kem pembangkang.Bagaimana kumpulan politik yang mengaku bersama dalam satu PAKATAN boleh berdepan dengan situasi sebegini ? Apakah tidak ada langsung mesyuarat penyelarasan sebelum ini dalam menghadapi PRN Sarawak ? Siapakah yang mengetuai PAKATAN dan kenapa si polan terbabit tidak mampu untuk menjadi orang tengah atau kata pemutus yang dihormati oleh semua pihak dalam tiap keputusan penting ?

Tidak cukup dengan itu timbul pula rasa kecewa , tersisish dan hilang percaya daripada ahli DAP Sarawak sendiri terhadap partinya sehingga bertindak keluar parti dan terkini diberitakan sudah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon BEBAS.Baca SINI 

Sesuatu yang pasti Barisan Nasional Sarawak sudah bersedia dan 82 orang calon BN kini hanya menanti detik untuk memberikan khidmat dan meneruskan kesinambungan gerak kerja Kerajaan Barisan Nasional bagi kemakmuran seluruh warga Sarawak.












Well semua yang tercatat diatas sana adalah cermin yang wajar di lihat sepanjang tempoh masa berbaki ini sebelum seluruh warga Sarawak turun menunaikan kewajipan masing-masing.

MMI

1 comment:

  1. Dari gambar tu jelas terpampang....cinapek anak cinabukit rasis adalah mahatohkong....dan dua ekor Melayu balachi menjadi penjilat tegar. Bangsa dan Agama tergadai takpe....asalkan masyuuukkkkk dan dengki dan dendam kesumat diketengahkan.

    ReplyDelete

Labels