Followers

Monday 7 July 2014

Pemuda Mahu BABI Kampung Selamat Di Pindahkan


Kerajaan Negeri Pulau Pinang diminta mengubah lokasi kandang babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor ke tempat lain yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Nordin, berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan mengawal penularan virus Japanese Encefalitis (JE) untuk kebaikan semua pihak.

"Permintaan ini demi kebaikan semua pihak, ia bukan satu permintaan rasis dari kami," katanya, selepas menyampaikan hamper kepada pesakit di wad kanak-kanak Hospital Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun keputusan 181 sampel darah dari 20 ladang babi berkenaan negatif virus JE, kerajaan negeri tidak perlu tunggu sehingga berlaku musibah baru hendak mengambil tindakan.

"Nyamuk yang menjadi vektor bawaan virus itu tidak kenal Melayu, Cina dan India ketika menggigit.

"Oleh itu, ini adalah isu kepentingan semua, bukan isu perkauman," katanya lagi.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Azmie Zakaria mengumumkan keputusan 181 sampel darah dari 20 ladang khinzir di Kampung Selamat negatif dari virus JE.sumber sinar

Sejauh mana agaknya tindakan yang boleh dilakukan oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri bagi menangani permasalahan ini.Setakat ini sudah ada ura-ura di kalangan masyarakat dan penduduk khususnya di kawasan berdekatan Kampung Selamat akan mengambil tindakan sendiri.

Mereka dikatakan akan mengadakan bantahan secara aman terlebih dahulu untuk mendesak babi-babi terbabit dipindahkan.

Soalnya mau ka Guan Eng dengar suara rakyat ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels