Followers

Tuesday 1 July 2014

Kerana BABI Pelajar Jadi MANGSA Virus JE !!


Gambar atas merupakan salah satu daripada gambar yang dikirim kepada MMI berikutan kes virus JE yang telah menyebabkan seorang pelajar lelaki tahun 6 menderita selama hampir lebih dari sebulan sejak 18 Mei 2014 yang lalu.

Adik Muhammad Ammar Murqish Bin Zulkifli merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Kampung Selamat yang mengalami masalah demam panas setelah menyertai aktiviti di sekolahnya.Beliau kemudiannya di masukkan ke Hospital Kepala Batas bagi proses rawatan seterusnya mengalami beberapa masalah yang memerlukan ibu dan bapanya membawa adik Ammar ke Hospital Swasta.

Di Hospital Pantai Penang , Ammar di sahkan mengidap jangkitan virus JE setelah beberapa prosedur dijalankan oleh pihak hospital bagi mengetahui punca keadaan Ammar yang agak lemah.

Sehingga artikel ini ditulis adik Ammar sedang bertarung nyawa di hospital melawan kesan daripada virus JE yang menyerangnya.


Untuk rekod sejak adik Ammar dimasukkan ke hospital bermula daripada Kepala Batas kemudiannya Seberang Jaya dan kini di Hospital Pantai , beliau sering kali mendapat perhatian daripada pihak Sekolah Rendah Kampung Selamat apabila Guru Besar dan para Guru sekolah terbabit sering kali bertanya khabar selain daripada melawatnya di hospital dan mengikuti perkembangannya.

Puan Haniza Bt Ayob sebagai ibu pula tidak henti-henti mengucapkan terima kasih sebagai penghargaannya terhadap pihak Sekolah Rendah Kampung Selamat selain daripada pihak pengurusan JABIL Circuit serta kakitangan tempat Puan Haniza bekerja kerana memahami keadaan beliau yang kini sedang berdepan dengan kesukaran.

Malah bantuan daripada Pusat Urus Zakat Pulau Pinang amat-amat dihargai. 

Dalam masa yang sama Puan Haniza turut berterima kasih dengan doktor Wong Lee Chun yang merawat adik Ammar di Hospital Pantai kerana telah memberikan kerjasama yang secukupnya di waktu segetir ini.

Sesuatu yang harus kita ketahui adalah bagaimana virus JE itu boleh dikesan dan kembali menghantui penduduk khususnya di daerah Seberang Perai Utara dan dalam kawasan Kampung Selamat ?

Apakah sebelum ini pihak berwajib khususnya kerajaan negeri melalui pihak MPSP dan mereka yang sepatutnya melakukan pemantauan dari masa ke semasa menjalankan kewajipan mereka ?

Berdasarkan pemerhatian MMI sendiri jelas berlaku masalah pembantauan terhadap ternakan BABI di Kampung Selamat dan kerana itulah virus JE ini kembali.

Tahukah kita bahawa virus ini merupakan antara yang paling bahaya dalam kategorinya dan siapakah penyebabnya ?

Sudah tentu ternakan BABI dan merujuk kepada kejadian pencemaran ternakan babi ini , pada Januari 2014 yang lalu ADUN Sungai Dua turut melakukan tinjauan yang sama berdasarkan laporan daripada masyarakat.


Itu baru di kawasan Sungai Dua belum lagi di kawasan Kampung Selamat di mana berlakunya serangan virus JE terhadap adik Ammar.Lihat sahaja gambar di bawah...



Kini persoalan terarah kepada kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang kononnya berjiwa rakyat tu !! Bagaimana kandang dan babi-babi ini dibenarkan diternak sebegitu rupa ? Jangan berbicara soal ianya telah lama diusahakan semenjak BN memerintah Pulau Pinang kerana yang punya kuasa dan mengaku berjiwa rakyat adalah DAP dan Pakatan Haprak ketika ini !

Lihat sahaja bagaimana sistem perparitan dicemari dengan najis dan bahan buangan daripada kandang-kadang babi terbabit ?

Bagaimana kandang babi boleh diusahakan didepan rumah dan berdekatan jalan ?

Malah yang lebih penting bagaimana ianya boleh diteruskan dalam keadaan jarak diantara sekolah dan penduduk kampung lain tidak sampai 1 atau 2 kilometer daripada tempat penternakan ?

MMI yakin selama ini tidak ada pemantauan langsung malah jika ada pun ianya dibuat secara sambil lewa !!

Setelah isu ini mendapat liputan media barulah pihak kerajaan negeri terhegeh-hegeh nak buat pemantauan !


MMI kenal sangat dah puak-puak ni , banyak bercakap tapi kerja macam haram !!!! Cuma setakat ini satu kenyataan sudah dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Pulau Pinang , Datuk Dr Lailanor Ibrahim mengesahkan tiada kes baru jangkitan JE setelah kes adik Ammar.Baca Sini 

Apa pun sama-sama kita doakan supaya adik Ammar cepat sembuh dan kepada mana-mana pihak yang nak menyumbang kepada keluarga terbabit bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Puan Haniza ibu kepada Ammar di talian 0194439365 memandangkan keadaan mereka yang telah lebih dari sebulan berjuangan.

MMI yakin setiap bantuan itu akan dihargai apatah lagi di bulan ramadhan ini.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels