Followers

Monday 16 June 2014

Mulanya Cukai Katil , Kemudian Sewa Gerai & KINI CUKAI KERUSI Pula !!


Jika sebelum ini kita mendengar tentang pengenalan caj tambahan yang dikenakan oleh kerajaan DAP sebanyak RM3 terhadap pengguna yang menempah bilik hotel di Pulau Pinang yang berkuatkuasa 1 Jun 2014 kini ada lagi cukai yang bakal menerjah rakyat Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi.

Sebelum ini telah diumumkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang sudah meluluskan kenaikan sewa gerai milik MPSP yang dijangka mencecah sehingga 100 peratus terhadap penyewa-penyewa gerai yang kebanyakkannya terdiri daripada orang-orang Melayu.

Kelulusan mengejut itu mengundang rasa tidak puas hati peniaga-peniaga yang menyewa dengan MPSP apabila majoriti mereka meluahkan rasa kecewa dan memohon supaya ianya dikaji semula.

Kesan daripada tindakan ini dianggarkan lebih 700 peniaga gerai makanan yang menyewa premis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menerima kesannya.Baca Sini  

Kini berdasarkan sumber pihak MPSP sudah pun mengesahkan untuk menaikkan pula cukai kerusi dan meja daripada kadar semasa RM20 menjadi RM50 bagi setiap satu meja dan 4 buah kerusi yang diletakkan di luar kawasan premis perniagaan.

Sebagaimana yang sering kita lihat kebanyakkan restoran mahupun kedai-kedai makan sering kali meletakkan meja dan kerusi diluar kawasan perniagaan contohnya di kaki lima mahupun lot-lot parking berhadapan dengan premis perniagaan untuk para pelanggan yang mahukan suasana yang lebih terbuka.

Seperti kebiasaannya pemilik perniagaan tersebut akan membuat permohonan tapak dan perlu membuat pembayaran kepada pihak Majlis Perbandaran.

Kini dengan keputusan untuk menaikkan cukai kerusi dan meja tersebut sudah pasti akan membebankan para peniaga di Pulau Pinang dan ini memungkinkan kepada punca kenaikan harga makanan serta minuman memandangkan pihak peniaga perlu mengeluarkan kos tambahan untuk menjelaskan cukai baru itu nanti.

Walau bagaimanapun keputusan bila ianya akan dikuatkuasakan masih belum dapat dipastikan namun seperti keadaan yang pernah berlaku sebelum ini kenaikan itu hampir pasti berlaku memandangkan kadar sewa tapak perniagaan MPSP turut akan dinaikkan pada bulan September nanti.

Dalam hal-hal tertentu kenaikan kadar sewa mahupun cukai sememangnya perlu memandangkan terdapat beberapa kos lain yang perlu ditanggung oleh pihak berwajib turut meningkat.

Namun sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering menuding jari kepada kerajaan pusat khususnya dalam hal peningkatan kos harian selain daripada proses pengenalan cukai GST yang dikatakan bakal membebankan rakyat , Lim Guan Eng seharusnya membuktikan bahawa dalam keadaan sebegini pimpinan DAP melalui kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan mengambil keputusan yang boleh membebankan rakyat.

Seharusnya kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menanggung segala kos tersebut sejajar dengan matlamat kerajaan negeri menjadi kerajaan berjiwa rakyat.

Namun agak malang apabila keputusan demi keputusan telah dilakukan oleh pucuk pimpinan semenjak dua penggal DAP menguasai Pulau Pinang dengan menjadikan rakyat serta pengguna sebagai mangsa.

Soalnya adakah kerajaan negeri DAP benar-benar berjiwa rakyat atau sekadar gimik politik ? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels